KEPALA BATAS: Tindakan seorang pembantu kedai makan yang membuat laporan palsu kononnya disamun empat lelaki di Jalan Permatang Tok Jaya pada pagi Selasa terbongkar ketika soal siasat dilakukan pegawai polis.
Difahamkan lelaki berusia 21 tahun itu mendakwa dia disamun empat lelaki yang menaiki motosikal dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mengikut laporan dibuat lelaki terbabit menceritakan kumpulan lelaki itu menahannya yang sedang menunggang motosikal bersendirian sebelum salah seorang meletakkan pisau di lehernya.
Menurutnya, mangsa melaporkan beg galasnya yang mengandungi wang tunai RM1,300 dan sebuah telefon bimbit dilarikan kumpulan berkenaan sebelum dia ke balai polis membuat laporan.
"Bagaimanapun, siasatan terperinci dan soal siasat yang dijalankan terhadap laporan pengadu mendapati kejadian samun yang diceritakan sebenarnya tidak wujud.
"Lelaki berkenaan mengaku yang dia terpaksa berbuat demikian kerana telah menggunakan duit majikannya sebanyak RM1,000 untuk kegunaan sendiri dan tidak mampu menggantikannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Noorzainy berkata, disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu polis bertindak menahannya dan akan direman untuk tindakan lanjut.
Katanya, individu yang didapati membuat laporan palsu boleh didakwa dan dihukum penjara sehingga enam bulan atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.
Sinar Harian
Tue Apr 20 2021
Individu yang didapati membuat laporan palsu boleh didakwa dan dihukum penjara sehingga enam bulan atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya. - Gambar hiasan
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
Enam lelaki bertopeng samun tiga kilogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Ipoh.
16 lelaki termasuk warga China ditahan disyaki terlibat samun berkumpulan
Polis menahan 16 lelaki termasuk dua warga China dipercayai terlibat kejadian samun berkumpulan di sebuah kilang barangan lusuh.
Pelanggan kedai aiskrim disamun dua lelaki berparang
Suspek cuba mencederakan mangsa yang ketika itu sedang membeli aiskrim sebelum melarikan mesin wang tunai di premis terbabit.
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Polis tahan lelaki samun pekerja hotel
Suspek yang berusia 24 tahun dan bersenjatakan parang itu, telah melarikan wang tunai berjumlah RM6,600 daripada mangsa.
10 ditahan dipercayai terlibat samun berkawan bersenjata rumah ahli perniagaan
Kesemuanya yang berusia 23 hingga 46 tahun ditahan di Mantin, Negeri Sembilan dan sekitar Lembah Klang menerusi Op Casa bermula Khamis.
Lima termasuk pasangan suami isteri ditahan samun, pukul pekerja bengkel
Lima individu termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun dan pukul di sebuah bengkel di Teluk Kumbar.