awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terima kasih bantu saya jalani kehidupan sebagai Muslim' - Bauer

Sinar Harian
Sinar Harian
18/09/2023
10:23 MYT
'Terima kasih bantu saya jalani kehidupan sebagai Muslim' - Bauer
Melalui Instagramnya baru-baru ini, Bauer menyiarkan gambarnya sedang solat mendedahkan bahawa dia masuk Islam melalui isteri dan keluarganya. -Instagram @thebauer6
PEMAIN pertahanan dari Jerman, Robert Bauer melahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang membantunya dalam perjalanannya sebagai seorang Muslim.
Melalui Instagramnya baru-baru ini, Bauer menyiarkan gambarnya sedang solat mendedahkan bahawa dia masuk Islam melalui isteri dan keluarganya.
“Untuk semua orang yang menghantar mesej kepada saya hari ini. Saya masuk Islam melalui isteri saya dan keluarganya.
“Sudah bertahun-tahun dan saya berterima kasih kerana anda semua membantu saya dan menggalakkan saya dalam perjalanan saya,” tulis Bauer.
Bauer kini bermain untuk kelab Arab Saudi, Al-Tai, setelah menyertai Liga Pro Saudi dengan kontrak setahun pada Mei.
Pemain berusia 28 tahun itu membuat penampilan sulung Bundesliga 2 pada 31 Oktober 2014 menentang Fortuna Dusseldorf, menggantikan Alfredo Morales.
Perlawanan menentang Dramstadt 98 pada 22 November 2015, menyaksikan Bauer menjaringkan gol pertamanya dalam Bundesliga.
Bauer kemudian berpindah ke Wender Bremen pada Ogos 2016 sebelum dipinjamkan ke FC Nurnberg dua tahun kemudian.
Dia kemudian menandatangani kontrak jangka panjang dengan kelab Rusia, FC Arsenal Tula dan berpindah ke Sint-Truiden (Belgium) pada September 2021.
Bauer mewakili Jerman di Piala Dunia Bawah 20 di New Zealand pada 2015 merupakan sebahagian daripada skuad untuk Sukan Olimpik 2016, yang menyaksikan Jerman memenangi pingat perak. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Robert Bauer
#masuk Islam
#Muslim
#Al-Tai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan