awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Terima kasih KPM kerana dengar keluhan ibu bapa" - Anwar Ibrahim

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2020
08:46 MYT
"Terima kasih KPM kerana dengar keluhan ibu bapa" - Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana mendengar keluhan ibu bapa. - Gambar fail BERNAMA
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan susulan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada KPM kerana mendengar suara dan keluhan ibu bapa demi keselamatan anak-anak kita.
“Benar, peperiksaan itu penting, tapi isu keselamatan ternyata lebih mendesak,” katanya dalam kemaskini di laman sosial Facebook, sebentar tadi.
BACA: COVID-19: UPSR, PT3 tahun 2020 dibatalkan
Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan pembatalan peperiksaan tersebut terpakai terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
Jelasnya, pembatalan kedua-dua ujian itu tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid di sekolah rendah dan menengah.
Sementara, bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) and Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula, Radzi berkata peperiksaan itu akan ditangguhkan ke suku pertama 2021.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#COVID-19
#Facebook
#Kementerian Pendidikan
#PKR
#PT3
#sekolah
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan