awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terkejut diserbu, tiga lelaki lari tinggalkan syabu bernilai lebih RM2 juta

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
10/04/2021
14:29 MYT
Terkejut diserbu, tiga lelaki lari tinggalkan syabu bernilai lebih RM2 juta
Siasatan awal mendapati semua bahan terlarang berkenaan adalah untuk pasaran tempatan, termasuk beberapa negeri di luar Kelantan. - Foto PDRM
PASIR MAS: Tiga lelaki bertindak meloloskan diri ke negara jiran selepas terkejut dengan kehadiran anggota tentera yang mengawasi sempadan di kawasan Ops Benteng serta meninggalkan dadah jenis syabu seberat 61 kilogram bernilai RM2.19 juta.
Dalam kejadian sekitar jam 8.45 malam tadi, syabu yang ditinggalkan dalam guni itu ditemui di pangkalan haram berhampiran Pos Sega, Sungai Golok, Rantau Panjang di sini.
Anggota daripada Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) telah menyerbu kawasan berkenaan sehingga tiga lelaki terbabit meninggalkan dadah tersebut bersama sebuah kenderaan mewah.
Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Abu Hasan Assha'ari Kamis, kesemua suspek berjaya melarikan diri ke arah Thailand melalui sungai.
Kesemua suspek dipercayai sedang mengangkut dan memindahkan guni ke dalam sebuah kenderaan berhampiran pangkalan haram tersebut.
"Hasil pemeriksaan, anggota kita menemui satu guni berwarna hitam mempunyai 61 bungkusan paket teh berisi dadah jenis syabu dengan setiap paket dianggarkan seberat satu kilogram di lokasi kejadian.
"Jumlah rampasan termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dianggarkan bernilai lebih RM2.3 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, petang tadi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua bahan terlarang berkenaan adalah untuk pasaran tempatan, termasuk beberapa negeri di luar Kelantan.
"Saya pasti walaupun ketiga-tiga suspek berjaya melarikan diri, namun pihak polis dengan kerjasama agensi keselamatan lain akan cuba mengenal pasti mereka bagi menyelesaikan kes ini," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Syabu
#Ops Benteng
#Sungai Golok
#Rantau Panjang
#tentera
#Pos Sega
#Briged Kelapan Infantri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan