[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
MALAYSIA

[TERKINI] Angkat sumpah menteri, timbalan Kabinet Kerajaan MADANI esok - Anwar

Bernama 16/12/2025 | 10:08 MYT
Anwar berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan untuk acara angkat sumpah diadakan pada 10 pagi.
PUTRAJAYA: Upacara angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Kerajaan MADANI akan diadakan di Istana Negara esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ringkasan AI
  • Upacara angkat sumpah menteri dan timbalan menteri Kabinet MADANI di Istana Negara esok pada 10 pagi, disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Mesyuarat Jemaah Menteri akan berlangsung pada 2.30 petang esok setelah upacara angkat sumpah dilaksanakan.
  • Anwar menekankan penghargaan kepada menteri dan timbalan yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini, sambil menjelaskan bahawa rombakan Kabinet bertujuan memfokus kepada pertumbuhan ekonomi dan menyelesaikan isu rakyat.


Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan untuk acara angkat sumpah diadakan pada 10 pagi.

"Mesyuarat Jemaah Menteri pula akan diteruskan pada 2.30 petang esok," katanya dalam sidang media pengumuman anggota Kabinet Kerajaan MADANI, di sini hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, merakamkan penghargaan kepada barisan menteri dan timbalan menteri yang menyumbang bakti dalam Kabinet Kerajaan MADANI sebelum ini.

"Penghargaan kepada rakan-rakan menteri dan timbalan menteri yang telah menyumbangkan tenaga bakti melalui kementerian dan kepada negara sebelum ini," katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan pelantikan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio dalam Kabinet Kerajaan MADANI.

Beliau berkata pelantikan dan rombakan itu dilaksanakan bagi menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar serta menyelesaikan permasalahan rakyat.

Rombakan Kabinet sulung Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.

Sebelum ini, Kabinet Kerajaan MADANI menyaksikan empat kekosongan portfolio menteri, iaitu jawatan Menteri Ekonomi yang disandang Datuk Seri Rafizi Ramli, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang kosong susulan peletakan jawatan mereka.

Sementara itu, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang disandang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kosong selepas beliau tamat tempoh pelantikan sebagai Senator.

-- BERNAMA


#kabinet malaysia 2025 #Senarai Kabinet Malaysia 2025 #Anwar Ibrahim #rombakan kabinet