[TERKINI] Banjir Hatyai: 40 pelajar, pensyarah UUM masih tunggu diselamatkan
![[TERKINI] Banjir Hatyai: 40 pelajar, pensyarah UUM masih tunggu diselamatkan [TERKINI] Banjir Hatyai: 40 pelajar, pensyarah UUM masih tunggu diselamatkan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/81764204085_Banjir.jpg)
Sebahagian pelajar UUM yang terkandas di Hotel Wangburapa Grand di Hatyai. - Foto Facebook UUM
SINTOK: Usaha membawa keluar 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand masih menemui jalan buntu apabila arus deras serta paras air kian meningkat di sekitar penginapan mereka.
Ringkasan AI
- Arus deras dan paras air meningkat menyebabkan 36 pelajar dan empat pensyarah UUM terkandas di Hatyai, Thailand, tanpa laluan darat selamat untuk bekalan makanan.
- Pihak UUM berhubung dengan pelbagai pihak termasuk Konsulat Jeneral Malaysia, badan bukan kerajaan, dan pemimpin Islam untuk bantu hantar makanan, minuman, dan ubat-ubatan kepada kumpulan terkandas.
- Usaha menyelamat terpaksa ditangguhkan disebabkan arus deras di sekitar Hotel Wangburapa Grand, namun semua terlibat dalam keadaan baik dan sihat serta menunggu usaha penyelesaian untuk pulang ke Malaysia.
"Bagaimanapun, arus deras di sekitar Hotel Wangburapa Grand yang berdekatan dengan sungai menyebabkan sebahagian bot kecil terbalik malah beberapa usaha menyelamat telah dilakukan dua hari lepas namun tidak berjaya kerana arus deras," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semua pelajar dan staf UUM terbabit berada dalam keadaan baik dan sihat serta bersemangat tinggi sementara menunggu usaha untuk membawa mereka pulang.
Ahmad Marthada juga berkata pihak universiti mengesan terdapat seorang pelajar terbabit yang menghidap Talasemia dan ibu bapanya telah dimaklumkan mengenai situasi anak mereka di Hatyai.
Beliau berkata UUM juga amat berterima kasih kepada masyarakat sekitar yang prihatin dan telah menyediakan makanan bubur nasi untuk pelajar dan staf universiti itu.
"Difahamkan, kerajaan juga telah mengambil pelbagai pendekatan untuk membantu membawa keluar pelajar-pelajar dan pensyarah UUM secepat mungkin.
"UUM juga telah menyediakan kenderaan untuk mengambil pelajar dan pensyarah berkenaan di laluan yang boleh dimasuki kenderaan," katanya.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

