awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Marcell, isteri rakam semula lagu Freedom, Mulanya Di Sini
Waktu operasi Bazar Aidilfitri Senawang dilanjut sehingga 2 pagi - MBS
PM UK, Keir Starmer adakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping di Beijing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan

Bernama
Bernama
29/01/2026
02:00 MYT
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
Mohd Razali mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Datuk Mohd Razali Alias didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan wang berjumlah AS$20,000 serta bayaran keseluruhan RM64,600 bagi pembelian tiket penerbangan ke luar negara untuk isterinya, dua tahun lepas.
Mohd Razali, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
"Saya faham pertuduhan, saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan," katanya dengan tenang selepas pertuduhan dibacakan satu persatu.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Razali didakwa secara rasuah menerima suapan bagi dirinya berupa wang berjumlah AS$20,000 daripada Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A. Rahman, 45, di The Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), Kem Kementah, Jalan Padang Tembak di sini, antara Ogos hingga November 2024.
Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada tertuduh selaku Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan MDIO Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk meluluskan sijil pengesahan dan penerimaan perkhidmatan bagi tujuan pembayaran Perolehan Perkhidmatan Senggaraan dan Perkhidmatan Sokongan Sistem Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Razali didakwa selaku Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan MDIO ATM menerima untuk isterinya, Datin Azarina Bakia, 59, bayaran berjumlah RM26,800 bagi pembelian tiket penerbangan pergi dan balik antara Kuala Lumpur dan Malaga, Sepanyol tanpa balasan daripada Sheikh Ahmad Nafiq, yang merupakan Pengarah Syarikat Intelligence PC Centre Sdn Bhd, sedangkan tertuduh mengetahui individu itu mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 15 Nov 2024 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan [Akta 574], yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara pertuduhan ketiga, Mohd Razali didakwa menerima untuk Azarina bayaran berjumlah RM37,800 bagi pembelian tiket penerbangan pergi dan balik antara Kuala Lumpur dan Estonia tanpa balasan daripada individu sama, sedangkan tertuduh mengetahui ia mempunyai hubungan dengan tugas rasminya, di lokasi sama pada 28 April 2025.
Pertuduhan itu turut dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman serupa.
Topic Berkaitan
#Mohd Razali Alias
#suapan
#tiket penerbangan
#bekas KP Perisikan Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan