MALAYSIA
TERKINI HAJI 2025: Respons panggilan kecemasan dalam masa kurang dua saat

Pusat Operasi Keselamatan Bersepadu (911) telah melakukan persiapan awal secara menyeluruh, termasuk menganalisis data panggilan musim haji. -Astro AWANI
MEKAH: Semua panggilan kecemasan semasa musim haji tahun ini akan mendapat respons dalam masa kurang dua saat.
Ringkasan AI
- Pusat Operasi Keselamatan Kebangsaan Arab Saudi (NCSO) menjamin semua panggilan kecemasan semasa musim haji 2025 akan dijawab dalam masa kurang dua saat, dengan laporan dihantar kepada agensi berkaitan dalam masa 45 saat.
- Persiapan rapi termasuk analisis data panggilan terdahulu, penambahan kakitangan, sistem pelbagai bahasa, dan pemasangan CCTV dilakukan bagi memastikan kecekapan dan keselamatan maksimum sepanjang musim haji.
- Pasukan keselamatan Arab Saudi berada dalam kesiapsiagaan tertinggi untuk melindungi lebih 1.8 juta jemaah, dengan komitmen untuk mengambil tindakan tegas demi menjamin kelancaran ibadah haji.
“Setiap panggilan ke talian 911 dijawab dalam masa kurang dua saat, dan dalam masa 45 saat, laporan akan dihantar kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut di lokasi,” katanya kepada media Malaysia semasa lawatan ke Pusat Operasi 911, di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Abdulaziz Z menjelaskan bahawa pendekatan proaktif yang diambil membolehkan pusat tersebut menambah jumlah kakitangan dan melaksanakan pengambilan petugas tambahan.
Langkah ini, ujarnya bertujuan memastikan setiap panggilan dijawab segera serta mengekalkan kualiti perkhidmatan sepanjang tempoh puncak musim haji.
Difahamkan, pusat tersebut dilengkapi dengan sistem yang menyokong panggilan dalam pelbagai bahasa dunia, bagi memastikan setiap jemaah, tanpa mengira kewarganegaraan atau bahasa dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan.
Selain itu, pusat operasi keselamatan juga mempertingkat tahap pemantauan melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).
Semalam, Astro AWANI melaporkan Pasukan Keselamatan Haji Arab Saudi berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam memastikan perjalanan ibadah haji musim 1446H/2025M, tidak terjejas.
Menurut Pengarah Keselamatan Awam dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Haji, Leftenan Jeneral Mohammad bin Abdullah Al-Bassami, pasukan keselamatan haji tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dan berkesan bagi memastikan persekitaran kekal selamat untuk jemaah menjalankan ibadah.
Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi melaporkan sejumlah 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia dijadual menunaikan ibadah haji tahun ini.
Daripada jumlah tersebut, 1,611,310 jemaah adalah haji luar, manakala jemaah tempatan 221,854 orang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami