Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Jerebu: Sekolah di Selangor, Melaka, Pahang beroperasi seperti biasa esok

Murid digalakkan memakai pelitup muka, dan pihak sekolah perlu memantau bacaan Indeks Pencemar Udara serta memberi perhatian kepada murid berisiko tinggi. - Gambar fail/Bernama
Murid digalakkan memakai pelitup muka, dan pihak sekolah perlu memantau bacaan Indeks Pencemar Udara serta memberi perhatian kepada murid berisiko tinggi. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Institusi pendidikan di Selangor, Melaka dan Pahang akan beroperasi seperti biasa esok, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan akibat jerebu.
  • Murid digalakkan memakai pelitup muka, dan pihak sekolah perlu memantau bacaan Indeks Pencemar Udara serta memberi perhatian kepada murid berisiko tinggi.
  • Ibu bapa di Melaka dibenarkan tidak menghantar anak ke sekolah atas faktor kesihatan dengan memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR: Institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Melaka dan Pahang akan beroperasi seperti biasa esok, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan berikutan keadaan jerebu.

Di SELANGOR, JPN dalam kenyataan memaklumkan murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka.

 Menurut kenyataan itu, pihak pentadbir sekolah juga perlu sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) serta memberi perhatian khusus kepada murid berisiko tinggi.

Di MELAKA, JPN memaklumkan ibu bapa atau penjaga yang bimbang mengenai kesihatan anak-anak dibenarkan tidak menghantar mereka ke sekolah, dengan syarat memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.

Ibu bapa, penjaga dan warga sekolah juga dinasihatkan merujuk saluran komunikasi rasmi JPN Melaka atau pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Sementara itu, di PAHANG, JPN menyatakan semua sekolah di daerah Bentong beroperasi seperti biasa bermula esok, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

Jabatan itu turut menggalakkan semua warga sekolah di daerah Bentong untuk memakai pelitup muka, manakala sekolah di daerah lain beroperasi seperti biasa.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement