MALAYSIA
[TERKINI] PRN Sabah: Pengundian awal bermula 8 pagi, 58 pusat dibuka di seluruh negeri
Pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka, dengan pusat-pusat pengundian akan ditutup mengikut jadual yang ditetapkan oleh SPR. - Astro AWANI
PUTATAN: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bermula secara rasmi jam 8 pagi ini, melibatkan seramai 24,426 pengundi awal di seluruh negeri.
Ringkasan AI
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 58 pusat pengundian awal dibuka hari ini, yang melibatkan 11,697 anggota tentera dan pasangan serta 12,729 anggota polis dan pasangan.
Pusat-pusat pengundian akan ditutup secara berperingkat mengikut jadual ditetapkan SPR.
Antara lokasi terlibat ialah Sekolah Agama Kem Lok Kawi, yang menjadi salah satu pusat pengundian awal bagi DUN Tanjung Keramat.
Enam saluran dibuka di pusat mengundi ini, melibatkan 3,097 pengundi daripada anggota tentera dan pasangan mereka.
Tinjauan Astro AWANI menyaksikan anggota tentera dan pasangan yang terlibat sudah mula hadir di pusat mengundi ini sejak jam 7 pagi.
Lebih menarik, kelihatan anggota tentera terlibat turut membawa anak mereka dalam proses demokrasi hari ini.
DUN Tanjung Keramat menjadi tumpuan pada PRN kali ini selepas menyaksikan saingan 11 penjuru.
Kerusi itu sebelum ini disandang oleh Datuk Shahelmey Yahya (BN), namun beliau tidak bertanding kali ini.
Tempatnya digantikan oleh adiknya, Shah Alfie Yahya, yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Turut bertanding ialah calon daripada Warisan, BN, KDM, PN, Parti Impian Sabah (PIS), STAR, PBK, UPKO, Anak Negeri serta seorang calon Bebas.
DUN Tanjung Keramat mempunyai lebih 26,000 pemilih berdaftar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari mengundi.
Lebih 500 calon bertanding pada PRN Sabah ke-17, bagi merebut 73 kerusi DUN.
Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari Sabah Memilih.
Boleh juga cuba kuiz personaliti PRN Sabah 2025 di sini Rise of the Voters.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bermula rasmi hari ini, melibatkan 24,426 pengundi di 58 pusat pengundian awal di seluruh negeri.
- Pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka, dengan pusat-pusat pengundian akan ditutup mengikut jadual yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
- Dalam PRN kali ini, DUN Tanjung Keramat menjadi fokus utama dengan 11 calon bertanding termasuk calon dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan, disamping lebih daripada 26,000 pemilih berdaftar di kawasan tersebut.