awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
Meta nafi dakwaan kebocoran data 17.5 juta akaun Instagram
xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Rombakan besar-besaran di Kementerian Pertahanan, semak semula tender, perolehan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
12/01/2026
03:00 MYT
[TERKINI] Rombakan besar-besaran di Kementerian Pertahanan, semak semula tender, perolehan
Menurut Mohamed Khaled, rasuah dalam apa sahaja bentuk bukan sahaja menafikan negara daripada memperoleh aset pertahanan yang berkualiti, malah menyebabkan pembaziran, ketidakcekapan dan ketirisan.
KUALA LUMPUR: Pelan antirasuah Kementerian Pertahanan akan dirombak secara besar-besaran termasuk menyemak semula semua proses tender serta perolehan bagi menutup sepenuhnya sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin menegaskan, rasuah dalam apa sahaja bentuk bukan sahaja menafikan negara daripada memperoleh aset pertahanan yang berkualiti, malah menyebabkan pembaziran, ketidakcekapan dan ketirisan sehingga melemahkan keupayaan operasi pertahanan.
“Pada tahun ini, pelan anti rasuah kementerian ini akan kita rombak secara besar-besaran.
“Segala proses tender dan perolehan akan kita semak semula dan perbaiki selari dengan amalan terbaik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu Kementerian Pertahanan di sini, pada Isnin.
Mohamad Khaled turut menegaskan, keperluan mendesak untuk memulihkan integriti dan memastikan sistem tatakelola diperkukuh sepenuhnya agar tidak memberikan seinci ruang pun kepada penyelewengan dan salah guna kuasa.
Menurutnya, isu integriti selama ini sering sekadar menjadi mainan di bibir, diucapkan sebagai halwa telinga tanpa benar-benar dijiwai, dihayati atau dimaknai dalam pelaksanaan sebenar.
Beliau turut mengakui, pelbagai pelan sebelum ini dilancarkan namun gagal mencapai matlamat apabila tidak disertai strategi serta mekanisme pelaksanaan yang ampuh, sehingga akhirnya hanya kekal sebagai dokumen.
“Cukuplah dengan segala pelan. Kita memerlukan tindakan,” tegasnya.
Menurut Mohamad Khaled, tindakan yang diambil mesti bersifat tegas tetapi adil serta tidak menganiayai sesiapa.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pertahanan
#rombakan Kementerian Pertahanan
#salah guna kuasa
#Mohamed Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan