awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Merz, Modi setuju perkukuh kerjasama pertahanan Jerman-India
Iran adakan perhimpunan prokerajaan ketika proses antikerajaan berterusan
Modul latihan pengurusan NGO Islam akan diperkenal - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] SPRM nafi dakwaan pegawai acu senjata ketika tahan Albert Tei

Sinar Harian
Sinar Harian
28/11/2025
09:07 MYT
[TERKINI] SPRM nafi dakwaan pegawai acu senjata ketika tahan Albert Tei
Pegawai SPRM menahan Albert Tei di Puchong pada Jumaat. - Sinar Harian
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya pegawai agensi itu mengacukan senjata ke kepala ahli perniagaan, Albert Tei ketika menjalankan tangkapan terhadap individu berkenaan pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • SPRM menafikan pegawai mengacukan senjata ke kepala ahli perniagaan, Albert Tei semasa tangkapan dilakukan, menyatakan proses berjalan mengikut SOP yang ditetapkan.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa tangkapan dilakukan secara teratur dan dilaporkan polis bagi siasatan ke atas dakwaan berunsur fitnah serta menekankan kepentingan mengelakkan penyebaran kenyataan palsu.
  • SPRM memandang serius penyebaran maklumat tidak tepat yang boleh menjejaskan kredibiliti siasatan, sambil menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada proses undang-undang berjalan dengan lancar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, proses tangkapan yang dilakukan di rumah ahli perniagaan itu dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"SPRM ingin menegaskan bahawa tiada sebarang situasi pegawai mengacukan senjata seperti didakwa.
"Tangkapan dilakukan secara teratur dan mengikut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Azam berkata, SPRM turut membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan berunsur fitnah yang disebarkan.
"Laporan polis ini dibuat untuk memastikan pihak berkuasa dapat menyiasat dakwaan palsu tersebut.
"Ia juga untuk mengelakkan mana-mana pihak menyebarkan kenyataan tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan sedang dijalankan," katanya.
Menurutnya, SPRM memandang serius penyebaran maklumat tidak tepat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti siasatan suruhanjaya berkenaan.
Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi dan memberikan ruang kepada proses undang-undang berjalan dengan baik.
Media sebelum ini melaporkan, SPRM menyerbu kediaman Albert di Puchong, Selangor menggunakan waran pada pagi Jumaat.
Peguam mewakili Albert, Mahajoth Singh menyifatkan tindakan itu sebagai satu pencerobohan kerana tarikh untuk merekodkan keterangan Albert telah ditetapkan pada Isnin depan. -- Sinar Harian


Topic Berkaitan
#SPRM
#Azam Baki
#Albert Tei
#acu senjata
#tangkapan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan