awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

[TERKINI] Tarif elektrik baharu: Bil naik atau turun? Ini jawapannya

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2025
09:07 MYT
[TERKINI] Tarif elektrik baharu: Bil naik atau turun? Ini jawapannya
Semua pengguna akan menerima bil elektrik dalam format baharu yang lebih terperinci (itemised billing) selepas ini.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Tenaga hari ini mengumumkan jadual tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2025 sehingga 31 Disember 2027.

Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Tenaga mengumumkan jadual tarif elektrik baharu berkuat kuasa 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027, dengan kadar lebih adil dan progresif serta pengurangan purata kos sehingga 19 peratus.
  • Majoriti pengguna domestik tidak terkesan, malah pengguna cekap tenaga akan menikmati penjimatan lebih tinggi melalui skim Masa Penggunaan (TOU) dan format bil elektrik baharu yang lebih terperinci.
  • Bantuan seperti Rebat Bil Elektrik RM40 diteruskan untuk keluarga miskin tegar, manakala institusi pendidikan, rumah ibadat dan rumah kebajikan layak menerima rebat 10 peratus.

Menurut Suruhanjaya Tenaga, 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif selaras kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive-Based Regulation - IBR).
1. Apa yang dimaksudkan dengan jadual tarif baharu? Kadar purata tarif asas diselaraskan berdasarkan kadar 45.40 sen/kWj berbanding 45.62 sen/kWj yang diluluskan pada bulan Disember 2024. Dengan pelarasan ini, purata kos keseluruhan tarif elektrik berkurangan sehingga 19 peratus berbanding tempoh sebelum Disember 2024.
2. Apa maknanya kepada kita sebagai pengguna? Pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah dijangka tidak terkesan dengan pelaksanaan jadual tarif baharu ini melalui pengenalan jadual tarif baharu. Selain itu, pengguna bukan domestik voltan rendah yang menggunakan 200 kWj dan ke bawah turut akan mendapat manfaat daripada Insentif Cekap Tenaga.
Menurut Suruhanjaya Tenaga, majoriti pengguna dijangka tidak terkesan. Malah, pengguna yang mengamalkan penggunaan tenaga secara cekap akan menikmati penjimatan yang lebih tinggi menerusi Insentif Cekap Tenaga.
3. Bagaimana kita sebagai pengguna boleh dapat penjimatan yang lebih tinggi? Suruhanjaya Tenaga memperkenalkan skim baharu iaitu Masa Penggunaan atau Time of Use (TOU). Tempoh luar puncak diperluas dan lebih panjang.
4. Waktu bila sebenarnya yang dimaksudkan dengan tempoh luar puncak? Keseluruhan Sabtu, Ahad dan 10 malam sehingga 2 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Ini bagi menggalakkan pengurusan penggunaan yang lebih cekap mengikut waktu permintaan, sejajar dengan usaha ke arah sistem tenaga yang lebih cekap dan lestari. Sekiranya pengguna guna waktu di luar puncak, pengguna dapat jimat bil elektrik berbanding penggunaan ketika waktu puncak.
5. Adakah format bil elektrik kita akan berubah bermula Julai nanti? Ya, semua pengguna akan menerima bil elektrik dalam format baharu yang lebih terperinci (itemised billing).
6. Bagaimana pula dengan masyarakat dalam kategori miskin tegar? Menurut Suruhanjaya Tenaga, Kerajaan Madani tetap teruskan Program Rebat Bil Elektrik RM40, iaitu bantuan bulanan sehingga maksimum RM40 yang diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar dan berdaftar dalam sistem e-Kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pengguna yang layak boleh membuat semakan status kelayakan masing-masing di laman web https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php atau hadir ke kedai utiliti elektrik yang berhampiran.
7. Bagaimana pula dengan masjid-masjid, rumah-rumah ibadat, sekolah dan institusi pendidikan? Menurut Suruhanjaya Tenaga, pemberian rebat sebanyak 10 peratus bagi sekolah, institut berdaftar pengajian tinggi, rumah kebajikan dan rumah ibadat. Tambah suruhanjaya itu lagi, perincian kadar serta kategori baharu (jika berkaitan) boleh disemak melalui saluran berikut:
- Jadual tarif akan dipaparkan di laman sesawang: https://www.mytnb.com.my/tariff - Anggaran kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang dengan menggunakan kalkulator tarif elektrik yang boleh diakses melalui laman sesawang https://www.mytnb.com.my/tariff - Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pengguna digalakkan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454, emel ke [email protected] ataupun melalui platform rasmi TNB yang lain.
Topic Berkaitan
#tarif elektrik baharu
#TNB
#Suruhanjaya Tenaga
#kesan kepada pengguna
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami