MALAYSIA
[TERKINI] Tun M dibenar keluar IJN
Dr Mahathir dibenarkan keluar pada pukul 4.45 petang selepas dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi tadi - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan pagi tadi.
Ringkasan AI
Perkara itu disahkan oleh pembantunya, Sufi Yusoff kepada Astro AWANI sebentar tadi.
Menurut Sufi, Dr Mahathir dibenarkan keluar pada pukul 4.45 petang selepas dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi tadi.
Sebelum itu, beliau memaklumkan Dr Mahathir sedang berehat di IJN kerana keletihan selepas
menghadiri program Picnic & Potluck di Putrajaya.
“Ya, betul-betul Tun keletihan. Jadi beliau tinggalkan majlis awal dan kini sedang berehat.
“Keadaannya okay, cuma beliau diminta berehat dan kini berada di IJN,” katanya.
Dr Mahathir hadir program Picnic & Potluck sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu, serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri keempat dan ketujuh tiba pukul 7.45 pagi dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal di sekitar Tasik Putrajaya.
Ringkasan AI
- Dibenarkan Keluar dari IJN: Tun Mahathir dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 4.45 petang selepas dimasukkan sekitar jam 10 pagi kerana keletihan.
- Aktif Sempena Sambutan Hari Lahir ke-100: Beliau menghadiri program Picnic & Potluck di Putrajaya, memandu sendiri dan mengayuh basikal sebelum berasa letih dan meninggalkan majlis lebih awal.
- Keadaan Stabil dan Diminta Berehat: Menurut pembantu beliau, keadaan Tun Mahathir adalah baik dan beliau hanya diminta berehat sebagai langkah berjaga-jaga.