awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa…' - Hafizh Syahrin

Astro Arena
Astro Arena
07/03/2024
05:20 MYT
'Terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa…' - Hafizh Syahrin
Helmet Hafizh Syahrin yang disifatkan lain daripada yang lain.
UMUM mengetahui JOHOR Darul Ta'zim (JDT) telah melebarkan sayap jenama kelab itu sebagai JDT Racing Team apabila baru-baru ini mereka sah menceburi arena perlumbaan permotoran bersama-sama pelumba berpengalaman negara Hafizh Syahrin Abdullah mulai musim 2024.
Namun wujud persoalan apakah maksud sebenarnya di sebalik gambar ini?
Terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa -- Hafiz Syahrin
Perkembangan lanjut di @ASTROARENA @stadiumastro pic.twitter.com/L5mqoBQwem
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) March 7, 2024
Melalui temu bual eksklusif Hafizh Syahrin yang lebih dikenali sebagai Pescao bersama Stadium Astro pada Rabu, beliau ada menyatakan bahawa itulah simbolik yang selalu Tunku Ismail Sultan Ibrahim laksanakan untuk memberitahu bahawa jangan banyak berkata-kata tetapi perlu melaksanakannya.
“Sebenarnya gambar itu menceritakan segalanya ataupun orang yang tengok gambar sama ada Tunku Ismail Sultan Ibrahim buat macam itu pun atau orang lain saya rasa dia akan faham kenapa gambar yang macam ni kan?
“Maknanya ada masa orang tidak berada dalam kasut kita dan ada kalanya terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa, dan itulah simbolik yang selalu Tunku laksanakan.
“Saya berpendapat semua pihak faham tentang gambar itu dan itulah kami sentiasa mahu berikan yang terbaik dalam apa jua keadaan.
“Jadi ini membuatkan saya percaya saya ada orang kuat yang sentiasa menyokong saya dalam semua perkara dan saya mempunyai pemikiran yang tenang untuk berlumba nanti," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#JDT Racing Team
#Pescao
#Hafizh Syahrin
#Tunku Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan