awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terminal Feri Antarabangsa Labuan umum kenaikan yuran 1 Nov

Bernama
Bernama
06/10/2023
06:27 MYT
Terminal Feri Antarabangsa Labuan umum kenaikan yuran 1 Nov
Kenaikan tersebut dijangka menyebabkan peningkatan harga tiket bagi laluan terlibat.- Gambar fail/Bernama
LABUAN: Terminal Feri Antarabangsa Labuan akan melaksanakan pelarasan semula yuran berkuat kuasa 1 Nov ini.
Kadar baharu menyaksikan kenaikan RM3 bagi laluan domestik menghubungkan Labuan dengan Sabah, Menumbok dan Sipitang, serta Lawas dan Limbang di Sarawak, manakala yuran bagi laluan ke Brunei akan meningkat RM5.
Kenaikan tersebut dijangka menyebabkan peningkatan harga tiket bagi laluan terlibat.
Ketua Pegawai Ekskutif LDA Holdings Sdn Bhd Noor Halim Zaini berkata kenaikan itu, yang merupakan kali pertama sejak 17 tahun yuran tersebut diperkenalkan, adalah bagi menanggung kos operasi yang meningkat selepas kewangan syarikat terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
"Hasil tambahan yang diperoleh akan disalurkan bagi menambah baik kemudahan yang disediakan di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, yang akhirnya memberi manfaat kepada penumpang," katanya kepada Bernama hari ini.
Maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai yuran terminal dan harga tiket boleh diperoleh daripada laman rasmi Terminal Feri Antarabangsa Labuan atau dengan menghubungi 016- 8772117.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terminal Feri Antarabangsa Labuan
#pelarasan yuran
#harga tiket naik
#LDA Holdings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan