Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth hari ini atas pertuduhan meminta suapan berjumlah RM3.3 juta berhubung Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.
Guan Eng membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.
Mengikut pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan itu semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3,300,000 sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6,341,383,702.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu diantara bulan Januari 2011 dan Ogos 2017 di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR .
Beliau melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh di penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Amad Akram Gharib, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar dan Francine Cheryl Rajendram.
Manakala Guan Eng diwakili barisan peguam Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, RSN Rayer dan V. Vemal Arasan.
Hakim membenarkan jaminan dilaksanakan bersama kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu RM1 juta dan dua orang penjamin bagi pertuduhan tersebut dan pasport antarabangsa serta pasport diplomatik diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan sebutan kes pada 9 September 2020.
Guan Eng juga akan berdepan satu lagi pertuduhan di bawah akta sama bersabit kes lain pada Selasa.
Sebelum ini beliau berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) akta sama dan turut mengaku tidak bersalah atas pendakwaan tersebut.
Beliau dituduh menerima suapan balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.
Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.
Pada Ahad 26 Julai lalu, Setiausaha Agung DAP itu hadir ke ibu pejabat SPRM untuk kali ketiga bagi memberi keterangan berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion.
Beliau meninggalkan bangunan SPRM pada jam 7 malam ditemani Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer selepas lapan jam memberi keterangan.
Pada 7 Julai lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hadir ke SPRM Pulau Pinang untuk memberi keterangan bagi projek berkenaan.
Pada 3 Julai, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya dalam fasa akhir menyiapkan terhadap siasatan projek itu.
Katanya, kertas siasatan dijangka lengkap dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya tindakan lanjut.
Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, adalah termasuk di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Aug 10 2020

Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth hari ini atas pertuduhan meminta suapan berjumlah RM3.3 juta berhubung Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang. - Foto BERNAMA

ASEAN | Kerjasama ASEAN perkukuh undang-undang siber
Negara anggota ASEAN boleh mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang mengenai privasi data dan hak pengguna untuk diaplikasikan pada setiap entiti digital di rantau ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

COVID-19 | Hospital di Perlis mampu tampung jumlah pesakit
Pusat kuarantin dan rawatan pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar mencapai tahap 79 peratus. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, negeri ini masih lagi mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 memandangkan kapasiti di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar yang digunakan hanya sekitar 26 peratus.

Samun | Geng samun Ah Boon ditahan
Polis menumpaskan Geng Ah Boon yang terbabit dalam kes samun warga asing Ini susulan penahanan tiga ahli kumpulan itu ditahan, malam Rabu.

ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019, jangka peningkatan pada 2021
Walaupun terdapat penurunan dua digit dalam TIV, ia pencapaian yang baik bagi industri automotif tempatan.

Zahid Hamidi sahkan negatif COVID-19 selepas hadiri perjumpaan dengan pemimpin UMNO
Ahmad Zahid berkata beliau perolehi keputusan ujian saringan itu awal pagi ini.

TERKINI | Integrasi rentas sempandan

AWANI Ringkas: Bantuan banjir mencukupi hingga tiga bulan

Manfaat bantuan PERMAI kepada usahawan mikro

Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers Meeting' (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers’ Meeting (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Draf RUU berkaitan 'ejen provokasi' sedang diteliti Peguam Negara
Bagaimanapun, ketika ini merekrut ejen tersebut bagi siasatan dan memberi keterangan di mahkamah tidak bertentangan dengan Perlembagaan.

Kembalikan Akta Antiberita Tidak Benar tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Cadangan untuk mengembalikan semula Akta Antiberita Tidak Benar yang telah dimansuhkan sebelum ini, bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Terowong Pulau Pinang: Guan Eng mengaku tidak bersalah terima suapan RM3.3 juta
Guan Eng membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

'Kita akan lawan habis-habisan, buktikan Guan Eng tidak bersalah' - Gobind Singh
Peguam kepada bekas menteri kewangan, Gobind Singh Deo menafikan sekeras-kerasnya tuduhan terhadap anak guamnya, Lim Guan Eng yang didakwa menerima rasuah.

Skandal terowong: SPRM arah Guan Eng sambung beri keterangan Sabtu ini
Selepas lebih lima jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM di sini.

Guan Eng dipanggil SPRM
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dipercayai berkaitan siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Usul tukar Yang Dipertua Dewan Rakyat, Kerajaan hadapi tentangan
Usul kerajaan untuk Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat mendapat tentangan hebat dari pihak pembangkang.

Mesyuarat DAP masih menanti ketibaan Lim Guan Eng
Semalam, masing-masing mengadakan mesyuarat secara berasingan di ibu negara dan Petaling Jaya, membuatkan timbul spekulasi ia dipercayai ada kaitan dengan pengaturan semula landskap politik negara.

#PerginyaAshrafSinclair: Wan Azizah, Gobind rakam ucapan takziah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Gobind Singh Deo antara anggota Kabinet Malaysia yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ashraf Sinclair.

COVID-19: Guan Eng nafi Malaysia lambat umum pakej rangsangan ekonomi
Malaysia antara negara terawal yang melaksanakan pakej rangsangan ekonomi dalam usaha kerajaan mengurangkan impak ekonomi luaran berikutan penularan koronavirus (COVID-19).