KUALA LUMPUR: Pihak terowong Lebuhraya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan yang menyeluruh terhadap pintu kawalan banjir, pintu kawalan jalan raya dan semua pintu kedap air dalam bersiap siaga menghadapi perubahan angin monsun yang menyebabkan hujan lebat berlaku tanpa dijangka.
Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya SMART Mohd Noor Mohd Ali berkata, pemeriksaan itu dilakukan pada 20 Okt lepas semasa Ujian Bulanan Terowong SMART.
"Ia bertujuan bagi memastikan sistem banjir pada terowong berada dalam keadaan yang baik dan mengikut keperluan yang ditetapkan meliputi pemeriksaan dan penyelenggaraan terhadap sistem pam terowong SMART secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak pengurusan SMART sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi perubahan angin monsun itu dan ujian bulanan serta pemeriksaan sistem terowong secara menyeluruh adalah bertujuan menguji tahap kecekapan anggotanya selain memastikan aset dalam keadaan baik.
Mohd Noor berkata peranan utama SMART adalah untuk mengurangkan masalah banjir di sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur terutamanya di hab perniagaan utama di kawasan berhampiran pertemuan Sungai Klang dan Sungai Ampang.
"SMART dibina dengan tujuan melencongkan air berlebihan dari hulu Sungai Ampang dan Sungai Klang sebelum ia menyebabkan berlakunya banjir di sekitar pusat bandar di Jalan Tun Perak, Jalan Melaka, Leboh Ampang, Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.
"SMART juga berkomunikasi secara konsisten dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan sungai di sekitar Lembah Klang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
SMART juga berkomunikasi secara konsisten dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan sungai di sekitar Lembah Klang. - Bernama
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Terowong SMART ditutup bagi persediaan operasi banjir
Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi persediaan operasi banjir susulan hujan lebat sejak petang tadi.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Terowong SMART dibuka semula hari ini
Terowong Lebuhraya SMART kini dibuka semula kepada laluan trafik bermula pukul 7 pagi tadi.
RTB Sungai Bunus 'lupa' diselenggara punca KL terus banjir?
Astro AWANI mendedahkan status terkini RTB berkenaan yang terletak di kawasan PULAPOL Kuala Lumpur di Jalan Semarak, di sini.
Lebuhraya SMART dibuka semula petang tadi
Lebuhraya SMART dibuka semula sepenuhnya kepada lalu lintas bermula 6.37 petang tadi selepas ditutup sejak pukul 4 petang Khamis lepas.