awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Terror’, ‘Alamak’ pun dah masuk Oxford

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
27/03/2025
00:20 MYT
‘Terror’, ‘Alamak’ pun dah masuk Oxford
Salah satu penambahan menarik ialah 'alamak', interjeksi popular yang digunakan untuk menyatakan kejutan, kekecewaan atau rasa terkejut.
OXFORD English Dictionary (OED) sekali lagi mengiktiraf pengaruh bahasa Malaysia dan Singapura dengan kemasukan beberapa perkataan baharu dalam kemas kini terbarunya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Oxford University Press, salah satu penambahan menarik ialah 'alamak', interjeksi popular yang digunakan untuk menyatakan kejutan, kekecewaan atau rasa terkejut.
Perkataan ini berasal daripada bahasa Melayu dan dipercayai ada kaitan dengan istilah Arab seperti ‘ala’ (bermaksud ‘tertinggi’) atau Allah, serta mungkin dipengaruhi oleh frasa Portugis seperti Mãe de Deus (‘Mother of God’).
Selain itu, beberapa istilah makanan tempatan turut mendapat tempat dalam OED.
Antaranya ketupat (1886), otak-otak (1929), nasi lemak (1935), dan kaya toast (1989).
Semua hidangan ini terkenal di Malaysia, Singapura dan rantau Asia Tenggara.
Uniknya, ada juga nama makanan yang telah diInggeriskan seperti 'fish head curry' (1972) dan 'steamboat' (1960).
Budaya Malaysia turut diwakili oleh istilah seperti mat rempit (2004), merujuk kepada pelumba motosikal haram yang sering melakukan aksi berbahaya.
Sementara itu, perkataan tapau (1997) yang bermaksud ‘bungkus makanan untuk dibawa pulang’ juga kini diiktiraf secara rasmi dalam bahasa Inggeris.
Satu lagi perkataan menarik ialah ‘terror’, di mana dalam konteks bahasa Inggeris Malaysia dan Singapura boleh bermaksud ‘hebat’ atau ‘cemerlang.’
Dengan penambahan ini, semakin jelas bagaimana bahasa tempatan kita terus memberi impak global.
Wah, so ‘terror’ lah!
Topic Berkaitan
#WoW
#alamak
#Oxford English Dictionary
#Bahasa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan