Tertuduh keenam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais mengaku dia telah melanggar kenderaan dipandu Kevin Morais, Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu.
Pegawai Pasukan Khas Jenayah Terancam (STAFOC) Bukit Aman ASP Badrul Hisyam Abd Hamid berkata tertuduh S. Nimalan, 23, memberitahunya ketika mereka dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Kedah, ke IPD Subang Jaya, Selangor, pada awal pagi 16 Sept 2015, bahawa dia telah melanggar kenderaan yang dipandu Kevin Morais itu.
"Nimalan beritahu dia memandu kereta jenis Mitsubishi Triton berwarna hitam dan melanggar kereta dipandu Kevin Morais," katanya ketika pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais, yang masuk hari ke-22, hari ini.
Badrul Hisyam, saksi pendakwaan ke-31, berkata beliau ada bertanyakan tertuduh kenapa melakukan perkara itu dan tertuduh menjawab dia diarahkan oleh tertuduh ketujuh dalam kes tersebut iaitu S. Ravi Chandaran, 45.
Saksi ke-32, pegawai STAFOC Bukit Aman, ASP Abdul Hanis Hairul Abdul Halim pula berkata Ravi Chandaran ada memberitahunya lokasi kereta Mitsubishi Triton yang digunakan untuk melanggar kereta dipandu Kevin Morais itu, ketika sesi soal siasat tertuduh di IPD Kuala Muda, pada 15 Sept 2015.
Ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Izzat Fauzan, saksi itu berkata hasil maklumat tersebut, beliau bersama lebih 10 anggota termasuk pegawai atasan Supt Shazeli Kahar telah pergi ke satu kawasan perumahan di Lunas, Kulim, Kedah untuk merampas kenderaan berkenaan.
Selain itu, beliau berkata pada sesi soal siasat yang sama, tertuduh juga memberitahu lokasi dia membuang barang kes.
Muhammad Izzat berkata berdasarkan maklumat itu, beliau, Ravi Chandaran dan dua anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sentul telah diarahkan ke sebuah sungai di Kuala Selangor untuk mencari barang kes tersebut pada 19 Sept 2015.
"Sampai di lokasi di Kilometer 46, Jalan Klang-Teluk Intan, atas jambatan, Ravi Chandaran telah dibawa keluar daripada kenderaan dan beritahu "tuan di sini tempat saya buang barang"," katanya.
Saksi itu berkata anggota penyelam daripada Jabatan Pertahanan Awam yang melakukan operasi mencari di sungai tersebut telah menemui mesin pencanai di dasar sungai berkenaan.
Enam lelaki - G. Gunasekaran, 48, R. Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M. Vishwanath, 26, Nimalan dan Ravi Chandaran, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.
Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. -Bernama
Bernama
Wed Sep 21 2016
Tertuduh keenam mengaku dia telah melanggar kenderaan dipandu Kevin Morais (gambar). -Gambar fail
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Tertuduh keenam mengaku langgar kereta Kevin Morais
Tertuduh keenam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais mengaku dia telah melanggar kenderaan dipandu Kevin.