JIKA anda melayari laman sosial pada ketika ini, anda pasti menyedari akan cabaran #10yearschallenge yang menjadi trending di laman Instagram, Twitter dan Facebook.
Apa itu #10yearschallenge?
Ia adalah cabaran yang dilakukan oleh pengguna laman sosial untuk memuat naik gambar perubahan mereka pada ketika ini dan 10 tahun yang lalu.
Cabaran ini menjadi tular apabila ramai selebriti dan individu berpengaruh mengikuti cabaran tersebut dengan memuat naik gambar mereka sehinggakan cabaran tersebut menjadi fenomena dunia.
Mungkin sesetengah daripada anda beranggapan bahawa cabaran ini hanyalah perkara biasa yang berlaku di media sosial dan tidak mendatangkan bahaya kepada diri anda.
Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa cabaran ini merupakan satu agenda yang mungkin akan mengundang perkara yang berbahaya di masa hadapan?
Pengasas laman web teknologi KO Insight, Kate O'Neil mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter peribadinya bahawa cabaran tersebut mungkin merupakan salah satu daripada taktik syarikat-syarikat tertentu untuk mengumpul data peribadi pengguna tanpa mereka sedari.
Menurut beliau, cabaran tersebut mungkin membolehkan pihak tertentu untuk melatih A.I (Kecerdasan Buatan) dan mengumpul data pengiraan pengecaman wajah (“facial recognition algorithm”) atau secara mudahnya untuk mengesan perubahan seseorang individu daripada segi perkembangan usia.
Tanpa kita sedari cabaran tersebut telah memudahkan pihak tertentu untuk mengumpul set data tersebut secara tepat kerana pengguna laman sosial telah memuat naik gambar terkini mereka dan 10 tahun yang lalu.
Hal ini mungkin berbahaya kepada pengguna laman sosial kerana mereka terdedah kepada ancaman pencerobohan data peribadi mereka.
Anda mungkin tidak mengetahui sejauh mana keupayaan teknologi pengecaman wajah ini berfungsi, tetapi teknologi ini telah membantu banyak kes di New Delhi, India di mana teknologi ini membantu dalam mencari kanak-kanak hilang.
Hampir 3,000 anak-anak yang hilang berjaya dikesan di negara tersebut pada tahun lepas kerana penggunaan teknologi berkenaan.
Sekiranya teknologi ini disalah guna, ia boleh membantu pihak tertentu untuk mengesan seseorang dengan pantas dengan hanya bermodalkan gambar mereka.
Berikutan kebimbangan orang ramai mengenai isu ini, Facebook di Twitter mengeluarkan kenyataan balas kepada editor laman Wired, Nicholas Thompson bahawa #10YearChallenge adalah meme yang dimulakan oleh pengguna laman sosial sendiri dan ia tidak melibatkan pihak Facebook sama sekali.
Kenyataan balas tersebut masih membimbangkan kerana sebelum ini Facebook pernah terlibat dengan skandal penjualan maklumat pengguna kepada syarikat lain.
Walaupun belum pasti akan kesahihannya, pengguna laman sosial perlu berhati-hati dalam berkongsi sebarang maklumat di laman sosial kerana anda mungkin boleh terdedah dengan ancaman siber.
Afiq Ariffin
Wed Jan 16 2019

#10yearschallenge adalah cabaran yang dilakukan oleh pengguna laman sosial bagi memuatnaik gambar perubahan mereka pada ketika ini dan 10 tahun yang lalu. -Astro AWANI

Petaling Jaya, Manjung dan Kluang antara bandar paling bahagia di Malaysia - Kajian
Bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.

Kontroversi rumah tangga: 'Biar mahkamah saja tentukan' - Farid Kamil
Begitu reaksi ringkas suami Diana Danielle, Farid Kamil ketika ditanya mengenai tindakan isterinya yang memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini, pada Isnin.
![[TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji [TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2014820/24024316101679303569652_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji

AUKU: KPT kaji kebebasan dan autonomi pelajar
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ketika ini KPT dalam fasa memperhalusi setiap fasal dibawah Akta berkenaan.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi MARA, FELCRA dan SPNB
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam dua pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan kerajaan melibatkan Pengerusi MARA, FELCRA DAN SPNB.

DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Dewan Undangan Negeri Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang.

Pemilihan UMNO: Dilakukan secara demokratik dan telus - Khaled Nordin
Jelas Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO, meskipun terdapat isu pada pemilihan beberapa bahagian namun ujarnya ia dilakukan secara demokratik dan telus. Mohamed Khaled antara tiga calon yang menang sebagai Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO sesi 2023 -2026. Dua lagi nama yang memenangi jawatan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Polis Terengganu tunggu arahan pejabat pengarah pendakwaan
Polis Terengganu sedang menunggu arahan daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut berhubung kes perarakan HIMPIT 2023 pada 17 Februari lalu.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang
JPBN memaklumkan PPS yang ditutup adalah Dewan Orang Ramai Taman Seri Sulong, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal dan Sekolah Agama Sri Bengkal.

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Teruja buat #10yearschallenge? Hati-hati kerana...
Jika anda melayari laman sosial pada ketika ini, anda pasti menyedari akan cabaran #10yearschallenge yang menjadi trending di laman Instagram, Twitter dan Facebook.