awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terus catu atau tidak, keputusan ditentukan minggu depan - MB Selangor

Bernama
Bernama
15/04/2014
23:33 MYT
Terus catu atau tidak, keputusan ditentukan minggu depan - MB Selangor
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - Gambar Fail
Keputusan mengenai pelan catuan air di Lembah Klang dijangka dibuat selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak yang terlibat termasuk syarikat konsesi air sama ada mahu meneruskan pelan itu atau menghentikannya.
"Setakat ini air hanya naik satu peratus sahaja di empangan, namun kita ada beberapa cadangan untuk selesaikan perkara ini dan perkara berkaitan akan saya umumkan selepas perbincangan itu," kata Abdul Khalid kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di Shah Alam, Selasa.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri bersedia menghadapi mana-mana pihak yang mahu menyaman kerana tidak berpuas hati dengan masalah bekalan air yang dihadapi sekarang.
"Keputusan (mencatu air) dibuat berasaskan jumlah air yang ada sekarang.
"Malah ia dibuat di bawah satu jawatankuasa yang dianggotai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan pihak berkuasa tempatan, dan kita bersedia menerangkan tentang perkara ini," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan ada pihak yang ingin mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri kerana gagal menyediakan bekalan air berterusan untuk pengguna di negeri itu dan telah mengenakan catuan air sejak Mac lepas.
Catuan peringkat pertama bermula 2 Mac lepas melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor dan kini meliputi peringkat keempat melibatkan 6.7 juta pengguna.
Topic Berkaitan
#catuan air
#Kerajaan Selangor
#SYABAS
#Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan