Naib Presiden Parti Amanah, Datuk Mahfuz Omar hari ini menggesa pihak-pihak yang menularkan dakwaan bahawa beliau merupakan lulusan ijazah dari sebuah universiti luar negara agar menghentikan penyebaran itu.

Kata Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, tindakan itu merupakan satu fitnah dan mencemarkan nama beliau.

"Saya dimaklumkan bahawa telah tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa saya merupakan lulusan dari sebuah universiti luar negara.

"Perkara tersebut jelas merupakan satu fitnah yang jelas mahu mencemarkan nama saya. Saya tidak pernah memiliki apa-apa ijazah dari mana-mana universiti dalam atau luar negara," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

BACA: 'Kudis' kecurangan akademik dan pemalsuan sijil

BACA: Usah malu, perlu jujur mengenai latar belakang pendidikan

BACA: Isu ijazah palsu: Marzuki kekal sebagai Setiausaha Agung Bersatu - Muhyiddin

Malah katanya, beliau tidak mempunyai ijazah sebarang ijazah seperti yang didakwa.

"Perkara ini bukan rahsia kerana sejak dahulu lagi umum mengetahui bahawa saya tidak memiliki ijazah dari mana-mana univeristi dari dalam atau luar negara," menurut kenyataan itu lagi.

Sebelum ini tersebar satu poster di media sosial yang mendakwa Mahfuz telah memperolehi ijazah dari Belford University pada tahun 1992.