awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH nasihat pendeposit hati-hati taktik sindiket panggilan palsu

Bernama
Bernama
12/04/2022
08:15 MYT
TH nasihat pendeposit hati-hati taktik sindiket panggilan palsu
Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamad Ameen Abdul Wahab berkata pihaknya tidak pernah menghubungi pendeposit bagi sebarang tujuan transaksi pemindahan wang. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan pendepositnya agar tidak mudah percaya dengan taktik sindiket panggilan telefon dari pihak tidak dikenali berhubung transaksi pemindahan wang.
Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamad Ameen Abdul Wahab berkata pihaknya tidak pernah menghubungi pendeposit bagi sebarang tujuan transaksi pemindahan wang.
"TH mengambil maklum akan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan taktik baharu sindiket 'Macau Scam' yang melibatkan pengeluaran wang daripada akaun pendeposit TH yang dihubungkan dengan akaun bank-bank konvensional.
"Pengeluaran tunai hanya boleh dilakukan di kaunter TH melalui pengesahan identiti, perbankan internet pula dikawal dengan kata laluan dan Transaction Authorisation Code (TAC) serta Automated Teller Machine (ATM) bank-bank rakan strategik TH dikawal dengan Postal Index Number (PIN)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan, pendeposit juga boleh mengehadkan jumlah pindahan harian melalui perbankan internet bank-bank rakan strategik TH serta membuat semakan penyata akaun secara berkala melalui aplikasi Tabung Haji Online (THiJARI).
TH-PENIPUAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Selain itu, pengeluaran tunai daripada akaun TH juga tidak boleh dilakukan melalui platform THiJARI dan peraturan pengeluaran atau pindahan wang juga tidak boleh dilaksanakan melalui panggilan telefon.
"Arahan pindahan telegrafik di kaunter pula hanya boleh dibuat dari akaun TH ke akaun milik sendiri sahaja. Oleh itu, wang di dalam TH sememangnya selamat," katanya.
TH komited untuk terus memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH. Untuk sebarang nasihat atau pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan THCC di talian 03-6207 1919.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Tabung Haji
#TH
#sidiket
#panggilan palsu
#pemindahan wang
#Mohamad Ameen Abdul Wahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan