SEPANG: Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata rayuan haji yang dibuka pada 26 Jan lepas itu akan ditutup pada 8 Mei ini.
"Kita masih lagi melihat jika ada kekosongan (kuota) dan kita akan mengisi dengan permohonan rayuan yang ada. Dari segi kekosongan ia agak terhad, jadi kita akan utamakan rayuan mahram dahulu," katanya kepada pemberita di majlis pelepasan petugas haji di sini hari ini.
Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini dengan kelulusan itu diberikan berdasarkan jumlah 0.1 peratus jumlah penduduk Islam di negara ini.
Syed Saleh berkata persiapan haji tahun ini berjalan lancar dengan penerbangan pertama jemaah haji negara dijadual pada 9 Mei ini.
Ditanya persediaan TH sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir di Tanah Suci semasa musim haji, beliau berkata pihaknya sentiasa bersedia menangani sebarang kemungkinan yang timbul.
"Seperti mana namanya banjir kilat, ia berlaku secara ad hoc dan reda dalam masa singkat. Pengalaman kita pernah hadapi sebelum ini, saya ingat pada 2004, 2008, 2016 dan 2018 berlaku hujan lebat, kilat, petir dan banjir.
"Kita sentiasa membuat simulasi serta berbincang dengan semua pihak, pemegang taruh di Malaysia dan Arab Saudi, juga kedutaan di sana, InsyaAllah setakat ini apa yang berlaku sebelum ini, dapat kita tangani dengan baik," katanya.
Semalam, media antarabangsa melaporkan banjir susulan hujan lebat melanda bahagian utara Arab Saudi sehingga memaksa penutupan sekolah dan jalan raya.
Sementara itu Syed Saleh menasihati orang ramai yang ingin menunaikan ibadah haji supaya berhati-hati dengan tawaran visa furada dengan perlu memastikan kesahihannya bagi mengelak ditipu.
Hari ini, seramai 150 petugas TH termasuk 14 pengamal media daripada pelbagai agensi antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), RTM, Astro AWANI dan Media Prima berlepas ke Tanah Suci.
Hampir 600 petugas TH akan digerakkan ke Arab Saudi pada musim haji pada tahun ini, bagi memudahkan urusan jemaah haji.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Syed Saleh berkata persiapan haji tahun ini berjalan lancar dengan penerbangan pertama jemaah haji negara dijadual pada 9 Mei ini. - Gambar fail/Bernama
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
TH terima lebih 80,000 rayuan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Menteri Agama perjelas isu B40, M40 bayar kos penuh haji
Jemaah haji dalam kalangan B40 dan M40 yang terpilih ke Tanah Suci selepas membuat rayuan perlu membayar kos haji penuh kerana mereka tidak berada dalam giliran menunaikan haji tahun semasa.
Surat tawaran haji dikeluarkan mulai Selasa secara berperingkat
TH memasukkan senarai nama mereka yang terpilih ke dalam sistem TH mulai tengah malam tadi bagi membolehkan urusan penawaran surat dijalankan.
Rayuan haji belum dimuktamad - Tabung Haji
Menurut TH dalam satu kenyataan pada Sabtu, pihaknya masih dalam proses menjalankan penilaian terhadap setiap permohonan rayuan secara individu.
Hibah Tabung Haji diumum Mac ini - Mujahid
Mujahid dipetik sebagai berkata sejak 2014, TH telah gagal memenuhi dua syarat yang membolehkan pembayaran hibah dilakukan.