BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.
Ini akan memberi masa yang cukup untuk calon membuat persediaan.
"Saya kata Mac jadi pada Mac, maka sesuailah dengan 7 Mei (merujuk kepada tarikh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata Prayuth kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan kabinet pada Selasa.
Penggal penuh empat tahun Dewan Perwakilan akan berakhir pada 23 Mac.
Di bawah perlembagaan, andai Dewan dibubarkan sebelum penggal tamat, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum sekurang-kurangnya 45 hari selepas pembubaran dan tidak boleh melebihi 60 hari.
Bagaimanapun, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 45 hari selepas tamat penggal Dewan pada 23 Mac.
Pada masa ini, ahli politik dan calon pilihan raya sudah pun memulakan kempen mereka.
Mengikut perlembagaan, calon boleh memulakan kempen bermula 24 Sept lepas, 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir.
Sementara itu, Prayuth berhasrat untuk bertanding lagi walaupun had penggal lapan tahunnya sebagai perdana menteri berakhir pada 2025.
Tinjauan pendapat menunjukkan anak perempuan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra - Paetongtarn menjadi pilihan utama untuk jawatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei. - Gambar fail/AP
[INFOGRAFIK] Inisiatif Budi Madani
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Inisiatif Budi Madani. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
[INFOGRAFIK] Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ringgit catat sedikit perubahan berbanding dolar AS
Ringgit mencatat sedikit perubahan berbanding dolar AS pagi ini.
Proses lanjutan reman ibu bapa Zayn Rayyan bertukar kecoh
Suasana di luar mahkamah kecoh apabila ahli keluarga kepada ibu bapa Zayn Rayyan memegang kain rentang sambil melaungkan kata-kata semangat.
Ahmad Jailani dilantik sebagai Pengerusi SPA baharu
Pelantikan Ahmad Jailani itu berkuat kuasa hari ini, 7 Jun 2024 untuk tempoh tiga tahun.
Tiada surat rasmi pun untuk lantik Mahmud Jumaat sebagai peguam - Bapa Zaim Ikhwan
Bapa Zaim Ikhwan, Zahari Mohd Reba menjelaskan tiada sebarang surat rasmi untuk melantik Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co sebagai peguam kepada anak dan menantunya. #AWANInews
Rebat air: Bantu kurangkan komitmen bulanan 597,000 pengguna Pulau Pinang
Rebat Mesra Keluarga RM20 bagi isi rumah besar membawa senyuman kepada 597,000 pengguna domestik berdaftar di negeri ini.
Elon Musk mungkin tinggalkan Tesla jika tidak dibayar $56 bilion
Robyn Denholm, salah seorang lembaga pengarah berkata, Tesla perlu mengotakan janji jika ingin Elon Musk kekal bersama syarikat.
Niaga SPOTLIGHT: Occupational Safety & Health in Malaysia
The Occupational Safety and Health (Amendment) Act 2022 (OSH Amendment Act) comes into effect on 1st June 2024.
DOSH discusses the four pillars of the OSH Amendment Act and new responsibilities of employers towards employees.
ILO Malaysia highlights fundamental principles and rights at work including safety and health at work as embodied in the ILO Conventions 155,187 and what ratification of ILO Conventions entails, while sharing about the ongoing International Labour Conference from 3rd-14th June in Geneva, Switzerland.
#NiagaAWANI
#NiagaSPOTLIGHT
DOSH discusses the four pillars of the OSH Amendment Act and new responsibilities of employers towards employees.
ILO Malaysia highlights fundamental principles and rights at work including safety and health at work as embodied in the ILO Conventions 155,187 and what ratification of ILO Conventions entails, while sharing about the ongoing International Labour Conference from 3rd-14th June in Geneva, Switzerland.
#NiagaAWANI
#NiagaSPOTLIGHT
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.