awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini

Bernama
Bernama
11/12/2024
13:57 MYT
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Wilayah selatan Thailand seperti Yala, Narathiwat dan Songkhla dilanda bencana banjir sejak beberapa minggu lalu berikutan trend cuaca buruk. - Gambar fail/Astro AWANI
BANGKOK: Pusat Pengurusan Bencana Awam (PDMC) mengumumkan beberapa langkah komprehensif bagi mengurangkan impak akibat hujan lebat yang dijangka melanda selatan Thailand hujung minggu ini.
Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Wattanachan berkata sebagai sebahagian daripada persediaan itu, Jabatan Pengairan Diraja telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Menurut Sasikan, dari 12 hingga 16 Disember, monsun timur laut akan bertambah kuat di Teluk Thailand dan wilayah selatan. Keadaan itu akan diburukkan lagi dengan sistem tekanan rendah yang bergerak merentasi Teluk Thailand dan wilayah selatan.
“Gabungan faktor ini dijangka membawa hujan yang meluas di seluruh wilayah selatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Sasikan berkata hujan lebat hingga sangat lebat dijangka melanda beberapa wilayah pada tarikh tertentu.
“Pada 12 Disember, hujan diramalkan berlaku di Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat. Pada 13 dan 14 Disember, hujan lebat dijangka melanda Prachuap Khiri Khan, Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Ranong dan Phang Nga.
“Pada 15 dan 16 Disember, hujan lebat diramalkan di Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Krabi, Trang, Satun, Ranong, Phang Nga, Phuket dan Krabi,” katanya.
Selain banjir, Sasikan berkata amaran tanah runtuh telah dikeluarkan bagi kawasan berisiko tinggi tertentu.
Beliau berkata antara 11 dan 13 Disember, kawasan berisiko tanah runtuh termasuk Daerah Phunphin di Surat Thani serta Panare, Mayo dan Sai Buri di Pattani.
Pihak berkuasa tempatan digesa untuk memantau keadaan dengan teliti dan bersiap sedia untuk bertindak balas apabila diperlukan.
Sementara itu, Sasikan berkata usaha bantuan untuk kawasan yang terjejas banjir sedang giat dijalankan, dengan Nakhon Si Thammarat menjadi satu-satunya wilayah yang masih terjejas banjir ketika ini.
Menurut beliau, inisiatif pemulihan juga sedang dilaksanakan di kawasan terjejas yang pulih sepenuhnya.
Beliau berkata pasukan tenaga kerja mahir daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran telah dikerahkan untuk membantu membaik pulih harta benda yang rosak termasuk rumah, motosikal dan peralatan elektrik.
“Agensi kerajaan kekal dalam keadaan berjaga-jaga, dengan pasukan tindak balas kecemasan bersiap sedia memberikan bantuan. Pihak berkuasa telah menggesa penduduk yang perlu memindahkan haiwan ternakan ke jalan awam supaya berkoordinasi dengan pegawai tempatan bagi memastikan keselamatan haiwan dan pengguna jalan raya,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#selatan thailand
#pengurusan bencana
#pdmc
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan