awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand, Kemboja sepakat tingkatkan kerjasama tangani isu 'scammer'

Bernama
Bernama
23/02/2023
21:15 MYT
Thailand, Kemboja sepakat tingkatkan kerjasama tangani isu 'scammer'
Thailand dan Kemboja sepakat untuk menubuhkan pasukan petugas bersama bagi menyelaraskan dan menangani masalah 'scammer' dengan lebih cekap dan berkesan.
BANGKOK: Thailand dan Kemboja bersetuju meningkatkan kerjasama untuk memerangi penipuan dalam talian atau 'scammer' yang semakin berleluasa di kedua-dua negara.
Timbalan Setiausaha Agung kepada Perdana Menteri dan Jurucakap Kerajaan Pemangku Anucha Burapachaisri berkata Thailand dan Kemboja sepakat untuk menubuhkan pasukan petugas bersama bagi menyelaraskan dan menangani masalah 'scammer' dengan lebih cekap dan berkesan.
Masalah itu menjadi antara isu yang dibincangkan semasa pertemuan antara Perdana Menteri Prayuth Chan O-Cha dan Timbalan Perdana Menteri Kemboja dan Hal Ehwal Luar dan Menteri Kerjasama Antarabangsa Prak Sokhonn di Rumah Kerajaan pada Khamis.
Pada pertemuan itu, Anucha berkata Prayuth dan Prak Sokhonn bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama bagi mencapai perdagangan bilateral sebanyak AS$15 bilion menjelang 2025.
Statistik menunjukkan dagangan antara Thailand dan Kemboja meningkat hampir 23 peratus dan berjumlah AS$9.8 bilion pada tahun 2021.
Terdahulu, Prak Sokhonn yang dalam rangka lawatan ke Thailand turut bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri, Don Pramudwinai.
Sementara itu, Don berkata pembukaan Jambatan Persahabatan Thailand-Kemboja di daerah Aranyaprathet di wilayah Sa Kaeo di Thailand dan Poipet City di wilayah Banteay Meancheay di Kemboja, melambangkan satu pencapaian penting bagi kedua-dua negara.
"Ini akan membolehkan aliran barangan dan pelancong menjadi lebih lancar di antara kedua -dua negara serta membantu mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan pembangunan kepada komuniti berdekatan di kedua-dua sempadan," katanya.
Don berkata lawatan Prak Sokhonn amat penting dan bertepatan pada masanya kerana hubungan dua hala antara Thailand dan Kemboja telah berkembang pesat dalam semua dimensi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan dalam talian
#pasukan petugas bersama
#kerjasama
#perdagangan bilateral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan