MALAYSIA
Thailand, Kemboja setuju gencatan senjata, undur tentera - PM Anwar

Anwar menghadiri Program Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 di Jitra, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
JITRA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Thailand dan Kemboja setuju melaksanakan gencatan senjata serta mengundurkan tentera masing-masing dari kawasan sempadan yang menyaksikan pertempuran sebelum ini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata dan mengundurkan tentera masing-masing dari kawasan sempadan selepas perbualan telefon beliau dengan kedua-dua pemimpin negara berkenaan.
- Anwar menyatakan permintaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN agar konflik diselesaikan melalui rundingan damai, dan kedua-dua pemimpin menyambut baik cadangan tersebut namun memohon sedikit masa untuk menggerakkan tentera keluar dari sempadan.
- Ketegangan memuncak selepas insiden tembak-menembak berhampiran Kuil Ta Moan Thom dan serangan udara oleh jet pejuang F-16 Thailand ke wilayah Kemboja, dengan kedua-dua negara saling menafikan menjadi pencetus serangan.
"Bicara dengan pemangku Perdana Menteri Thailand dan Perdana Menteri Kemboja (mengenai konflik) kerana kedudukan Malaysia (sebagai Pengerusi ASEAN) dan hormat mereka kepada kita. Saya beri pandangan dan kata ‘Please Mister Prime Minister, on behalf of your friend in Malaysia, please stop and imidiately cease power," katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Program Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 di Jitra, hari ini.
Anwar berkata, dalam perbualan panjang itu itu, pemimpin kedua-dua negara berkenaan setuju melakukan gencatan senjata dan mengarahkan tentera mereka di sempadan berundur.
"Tetapi (mereka) ada meminta masa sebab dia kata tentera sudah ada di sempadan, mereka harus ada waktu sedikit untuk menggerakkan tentera keluar.
"Ini saya syukur Alhamdulillah kerana bila saya bicara (dengan) kedua-dua mereka, mereka sambut dengan hormat. Sebab apa? Sebab Malaysia ini negara aman dan stabil," katanya.
Terdahulu, tentera Thailand mendakwa seramai sembilan orang awam terbunuh dan 14 lagi cedera dalam serangan artileri dilakukan tentera Kemboja pagi tadi.
Kemboja menafikan dakwaan berkenaan, menegaskan pasukan mereka hanya bertindak balas selepas diserang terlebih dahulu oleh tentera Thailand.
Insiden berlaku selepas Thailand mengerahkan jet pejuang F-16 menyerang sasaran ketenteraan di wilayah Kemboja, semalam, menjadikan konflik sempadan yang berlarutan sejak Mei lalu kini memasuki fasa paling tegang sejak 2011.
Foto Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami