awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand: Lese majeste bukan menyekat kebebasan bersuara

Bernama
Bernama
19/12/2020
20:53 MYT
Thailand: Lese majeste bukan menyekat kebebasan bersuara
Penunjuk perasaan pro-demokrasi mengadakan protes menuntut peletakan jawatan perdana menteri dan reformasi monarki di Bangkok, Thailand, 28 Nov, 2020. - Gambar hiasan/REUTERS
BANGKOK:Undang-undang lese majeste di Thailand bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara tetapi untuk melindungi monarki, kata jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri.
Beliau berkata undang-undang itu, dalam pelbagai bentuk telah wujud di banyak negara termasuk Thailand bagi melindungi hak atau reputasi Raja, Permaisuri dan pewaris takhta atau pemangku raja.
Anucha berkata demikian bagi menolak dakwaan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) bahawa Seksyen 112 Kanun Jenayah atau undang-undang lese majeste telah melanggar hak kebebasan bersuara.
Beliau berkata beberapa bulan lepas, penunjuk perasaan tidak ditahan kerana mengamalkan hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman. Mereka yang ditahan pula telah melanggar undang-undang lain dan kebanyakannya telah pun dibebaskan.
Terdahulu, media melaporkan undang-undang lese majeste telah digunakan terhadap sekurang-kurangnya 35 aktivis termasuk remaja berumur 16 tahun dalam pelbagai protes di Bangkok.
Pemimpin protes seperti Panusaya Sithijirawattanakul, Arnon Nampa, Panupong Jadnok dan Parit Chiwarak telah dipanggil berhubung tuduhan lese majeste berdasarkan komen-komen yang dibuat semasa tunjuk perasaan sejak pertengahan Julai lepas.
Pada Jumaat, UNCHR meminta Thailand meminda undang-undang lese majeste itu kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara.
Ketegangan politik terus meningkat di Thailand yang menuntut perubahan politik termasuk mendesak Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha untuk berundur, pembubaran Parlimen dan pindaan Perlembagaan, malah, mereka turut menuntut pembaharuan monarki.
Menurut Seksyen 112 Kanun Jenayah Thailand, sesiapa yang memfitnah, menghina atau mengancam Raja, Permaisuri, pewaris takhta atau pemangku raja akan dihukum penjara tiga hingga 15 tahun.
Anucha berkata kerajaan menyokong kebebasan bersuara yang membina dan bermanfaat kepada rakyat berbanding memfitnah atau mengeluarkan kenyataan menyinggung yang membenci dan melanggar hak rakyat lain.
"Kerajaan juga menyokong pertukaran pandangan yang membina, khususnya dalam menghormati perbezaan pendapat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Bangkok
#undang-undang
#lese majeste
#kebebasan bersuara
#menyekat kebebasan bersuara
#Anucha Burapachaisri
#hak
#reputasi
#RAJA
#Permaisuri
#UNCHR
#protes
#tunjuk perasaan
#aktivis
#hak berhimpun
#fitnah
#kebencian
#rakyat
#kerajaan
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan