BANGKOK:Penunjuk perasaan terus mengingkari larangan berkumpul di ibu negara Thailand untuk empat hari berturut-turut dengan mengulangi tuntutan mereka termasuk peletakan jawatan perdana menteri.
Penunjuk perasaan yang berkumpul di Victory Monument dan Asoke pada Ahad, turut menggesa pembubaran parlimen, pindaan perlembagaan dan reformasi institusi monarki.
Walaupun perintah darurat diisytiharkan di Bangkok untuk larangan perhimpunan politik lebih daripada lima orang, beribu-ribu penunjuk perasaan tetap berkumpul di Victory Monument dan Asoke bermula 4 petang (waktu tempatan) Ahad.
Cuaca buruk dan perkhidmatan pengangkutan awam yang diberhentikan sementara nyata gagal menghalang ribuan penunjuk perasaan yang memakai baju hujan dan payung menyertai protes itu pada Ahad.
Selain dua tapak protes utama itu, perhimpunan turut diadakan di Bang Na, Imperial Samrong di Samut Prakan, Central Plaza WestGate di Nonthaburi.
BACA: Protes mega Bangkok: Polis Thailand nafi berlembut dengan penunjuk perasaan
Pihak berkuasa menutup sementara beberapa stesen perkhidmatan Transit Aliran Metropolitan (MRT) dan Skitren Sistem Transit Massa (Skitren BTS) Bangkok bermula 2.30 petang, pada Ahad.
Selain itu, protes juga diadakan di seluruh negara diketuai oleh pergerakan belia, 'The People'.
Pada Khamis, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengisytiharkan bahawa 'situasi darurat serius di Bangkok' untuk mengharamkan perhimpunan lima orang atau lebih, yang dilaksanakan pada 4 pagi (waktu tempatan) dalam usaha mengakhiri tunjuk perasaan jalanan selama tiga bulan yang dipimpin pelajar.
BACA: Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Bangkok meskipun pengangkutan awam dihentikan seketika
Selain itu, ia juga melarang penerbitan berita dan mesej dalam talian yang menjejaskan keselamatan negara dan menimbulkan ketakutan atau menyebarkan maklumat palsu.
Sementara itu polis berkata swafoto penunjuk perasaan di tapak protes boleh dijadikan bukti untuk mendakwa penunjuk perasaan kerana melanggar perintah darurat yang mengharamkan perhimpunan politik.
BACA: Thailand umum darurat kekang protes mega
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 18 2020
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Thailand dan menyalakan lampu telefon bimbit ketika mengadakan protes di Bangkok, Thailand, 18 Okt, 2020. (Foto AP)
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.