awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand tahan 45 warga Myanmar masuk guna lorong tikus dari Malaysia

Bernama
Bernama
03/03/2021
20:35 MYT
Thailand tahan 45 warga Myanmar masuk guna lorong tikus dari Malaysia
Tembok simen di Sungai Golok yang dibina oleh kerajaan Thailand di sempadan Malaysia-Thailand dekat Rantau Panjang. - Gambar fail/ Bernama
NARATHIWAT: Pihak berkuasa Thailand pada Rabu menahan 45 warga Myanmar kerana dipercayai menyelinap masuk ke negara itu melalui 'laluan tikus' di sempadan Thailand-Malaysia.
Ketua Pegawai Daerah Sungai Kolok Rungruang Thimabut berkata kesemua warga Myanmar termasuk empat wanita berusia antara 20 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira 6 pagi (waktu tempatan) pada Rabu.
"Kesemua mereka ditahan ketika menyeberang sungai di daerah Sungai Kolok di Narathiwat," katanya pada sidang media di sini semalam.
Rungruang berkata siasatan awal mendapati kesemua mereka yang ditahan bekerja di kedai makanan dan kilang di Malaysia.
"Kami mendapati mereka dibawa oleh tekong darat Malaysia sebelum ditinggalkan di sempadan Malaysia-Thailand dan kemudian seorang lagi tekong darat Thai akan membawa mereka masuk ke Myanmar," katanya.
Kesemua mereka telah selesai melakukan saringan kesihatan dan akan menjalani kuarantin wajib sebelum dihantar pulang ke Myanmar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#Thailand
#sempadan Malaysia
#warga myanmar
#ditahan
#pihak berkuasa thailand
#laluan tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan