MALAYSIA
Thailand-Kemboja setuju Mesyuarat GBC kedua dalam tempoh sebulan lagi

Thailand dan Kemboja bersetuju mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) dalam tempoh sebulan dari 7 Ogos, dengan lokasi akan dibincangkan kemudian. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Thailand dan Kemboja bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) seterusnya dalam tempoh sebulan, dari tarikh 7 Ogos.
Ringkasan AI
- Thailand dan Kemboja bersetuju mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) dalam tempoh sebulan dari 7 Ogos, dengan lokasi akan dibincangkan kemudian.
- Kedua-dua negara juga akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Wilayah (RBC) dalam dua minggu, dan menugaskan RBC masing-masing untuk melaksanakan gencatan senjata yang dipantau oleh pemerhati ASEAN.
- Mesyuarat GBC Luar Biasa disertai wakil Thailand, Kemboja, Malaysia, AS dan China, dengan ATM bertindak sebagai pemudah cara, serta seruan agar maklumat palsu tidak disebarkan demi suasana dialog damai.
Natthaphon menambah kedua-dua pihak turut bersetuju mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Wilayah (RBC) dalam tempoh dua minggu selepas Mesyuarat Luar Biasa GBC, yang berakhir hari ini.
Katanya, tuan rumah mesyuarat berkenaan akan ditentukan mengikut giliran sedia ada.
“Komunikasi langsung antara Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera juga akan dikekalkan secara tetap.
“Bagi mengurangkan ketegangan dan persepsi negatif awam, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak menyebarkan maklumat palsu atau berita tidak sahih demi memastikan suasana yang kondusif untuk dialog damai,” tambah beliau.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan kedua-dua pihak kekal komited untuk melaksanakan persefahaman bersama yang telah dicapai dalam Mesyuarat Khas yang berlangsung di Putrajaya, pada 28 Julai lalu.
Ujar beliau, Thailand-Kemboja akan menugaskan RBC masing-masing bagi melaksanakan gencatan senjata yang akan diselaraskan dan dipantau oleh pasukan pemerhati ASEAN, yang diketuai oleh Malaysia.
“Mesyuarat RBC akan diadakan secara berkala dan laporan akan dikemukakan kepada GBC melalui rantaian arahan negara masing-masing,” katanya.
Sebelum itu, Mesyuarat GBC Luar Biasa antara Thailand dan Kemboja bermula jam 2 petang, dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak sebagai pemudah cara dalam rundingan dua hala itu.
Mesyuarat antaranya disertai Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Seiha, Natthaphon, Panglima Angkatan Tentera dari kedua-dua negara serta penglibatan wakil dari Malaysia, Amerika Syarikat (AS) serta China yang dijemput sebagai pemerhati.
Antara wakil Malaysia ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami