awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thomas Cook - Tugas beres, terima kasih MH

Razak Chik
Razak Chik
03/10/2019
12:45 MYT
Thomas Cook - Tugas beres, terima kasih MH
Malaysia Airlines memainkan peranan penting setelah sebuah pesawat Airbus A380 miliknya antara 100 pesawat yang disewa CAA untuk membawa pulang lebih 150,000 pelanggan Thomas Cook yang terkandas. - Gambar fail/BERNAMA
Operasi Matterhorn yang dilancarkan pihak penerbangan awam United Kingdom (Civil Aviation Authority atau CAA UK) membawa pelancong terkandas pulang ke United Kingdom ekoran syarikat pelancongan Thomas Cook bankrap tamat.
Malaysia Airlines memainkan peranan penting setelah sebuah pesawat Airbus A380 miliknya antara 100 pesawat yang disewa CAA untuk membawa pulang lebih 150,000 pelanggan Thomas Cook yang terkandas di pelbagai destinasi pelancongan serata dunia.
Butiran yang dikesan melalui laman sesawang flightradar24 memapar pergerakkan terperinci pesawat Airbus A380 kepunyaan Malaysia Airlines dengan pendaftaran 9M-MNF (9 Mike – Mike November Foxtrot) yang disewa CAA secara `wet lease’.
Sewaan `wet lease’ melibatkan bukan sahaja pesawat terbabit tetapi juga juruterbang berserta anak kapal Malaysia Airlines sendiri.
Butiran flightradar menunjukkan 9M-MNF memulakan penerbangan pertama dari Lapangan Terbang Manchester (MAN) ke Palma di pulau Mallorca (PMI) bermula 26 September.
Operasi membawa pelancong terkandas pulang ke United Kingdom.
Operasi membawa pelancong terkandas pulang ke United Kingdom.
Penerbangan `ferry flight’ dari MAN diberi kod MH8492 ke PMI memakan masa 1 jam 57 minit. Pesawat tersebut pulang ke MAN dengan muatan penuh (Airbus A380 mampu memuatkan 405 penumpang dalam pelbagai kelas) menggunakan kod MH8493 dan tiba di MAN pada hari yang sama.
BACA: Thomas Cook: Pelancong United Kingdom terkandas di Sepanyol selamat pulang
Juruterbang dan anak kapal pesawat yang sama kemudian diterbangkan semula ke PMI menggunakan kumpulan krew kedua setelah diberi kod MH8494 untuk meneruskan Operasi Matterhorn.
9M-MNF berjaya melakukan sembilan penerbangan `ulang-alik’ dari MAN ke PMI dalam tempoh tugasan dari 26 September hinggak1 Oktober sebelum terbang pulang ke KUL pada 2 Oktober.
Pihak Malaysia Airlines terikat untuk mematuhi pelbagai peraturn `Non-disclosure Agreement’ atau NDA yang menetapkan tiada kebocoran sebarang maklumat berhubung penglibatan syarikat itu dalam Operasi Matterhorn.
Sumber carta dari Flightradar24
Sumber carta dari Flightradar24
Namun berita ketibaan 9M-MNF di Lapangan Terbang Manchester pada tengah malam pada awal bermulanya Operasi Matterhorn menjadi tular di laman sosial kalangan peminat penerbangan.
Pihak CAA UK juga mengambil peluang membawa kontingen wartawan dari Manchester untuk menyertai salah satu penerbangang di mana laporan meluas diberi kepada operasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh juruterbang dan anak kapal 9M-MNF.
Ikuti laporan dan gambar gambar sekitar penerbangan `rescue flight’ melibatkan jurutebang dan anak kapal Malaysia Airlines di https://thepointsguy.com/news/on-thomas-cook-repatriation-flight/.
Topic Berkaitan
#Airbus A380
#CAA UK
#Flightradar24
#Malaysia Airlines
#Operasi Matterhorn
#rescue flight
#Thomas Cook
#Thomas Cook bankrap
#United Kingdom
#United Kingdom Civil Aviation Authority
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan