awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
13/05/2024
00:00 MYT
THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Ayda menduduki tangga pertama dengan penuh bergaya apabila memperolehi markah 95.24 peratus daripada barisan juri tetap. - Astro/Azrul Rafie
KUALA LUMPUR: Kreativiti dan kesungguhan peserta The Hardest Singing Show (THSS), Ayda Jebat untuk minggu pertama membuahkan hasil apabila dia diumumkan sebagai juara mingguan bagi program tersebut.
Ayda menduduki tangga pertama dengan penuh bergaya apabila memperolehi markah 95.24 peratus daripada barisan juri tetap.
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.
Mengikuti rapat kedudukan Ayda untuk minggu pertama adalah Aepul Roza dan Aisha Retno masing-masing dengan markah sebanyak 90.34 peratus dan 84.17 peratus.
Sementara itu, Kaka Azraff hampir menjadi peserta pertama disingkirkan apabila mendapat jumlah markah tercorot iaitu 58.05 peratus.
Namun Kaka boleh menarik nafas lega apabila kesemua peserta diumumkan akan Level Up Satu Minggu (L.U.S.M) atau bermakna tiada sebarang penyingkiran yang akan berlaku.
Kaka berada di tangga dua terbawah bersama vokalis kumpulan Madam, Putera Muhammad.
Untuk minggu kedua kesemua perserta dicabar dengan tema Revolusihat.
Berikut merupakan senarai lagu untuk minggu kedua THSS:
Tema minggu 2: Revolu-sihat Ayda Jebat - I'm sexy And I'm know it Aepul Roza - Nakal Aisha Retno - New York, New York Zizi Kirana - Perang dah tamat DeFam - Tamparan Wanita Datin Alyah - I'm The best Stacy - Wannabe Putera Muhammad - Test Drive Kaka Azraff - Standing in the eyes of the world
Peserta yang berjaya mara ke pusingan seterusnya akan diadili oleh tiga juri tetap laitu Zizan Razak, Datuk Seri Rossa dan Edry Abdul Halim.
Program tersebut diacarakan secara langsung oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad selama 10 minggu bermula 12 Mei 2024 di Pusat Konvensyen CIDB Cheras.
The Hardest Singing Show diacarakan secara langsung oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad. - Astro/Azrul Rafie
The Hardest Singing Show diacarakan secara langsung oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad. - Astro/Azrul Rafie
'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Program 'The Hardest Singing Show' berteraskan konsep 'Kreativiti Luar Limitasi', dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Topic Berkaitan
#The Hardest Singing Show
#Ayda Jebat
#THSS
#LUSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan