KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) hari ini menyeru 1.6 juta penjawat awam untuk memberi sokongan serta kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam usaha negara menangani wabak itu.
Presidennya Adnan Mat berkata sebagai jentera hadapan pentadbiran negara, penjawat awam wajar menjadi contoh kepada masyarakat agar mereka yakin dan mendapat maklumat tepat mengenai vaksin COVID-19.
Jelasnya, dalam hal pengambilan vaksin, penjawat awam yang sihat akan menjadi penggerak kepada jentera kerajaan untuk melaksanakan program pemulihan semula ekonomi negara.
"Tiada alasan untuk penjawat awam menolak vaksin COVID-19 atau tidak bersama-sama dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kerana kita adalah barisan hadapan dalam memastikan kemenangan melawan wabak itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rabu lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin Corminaty keluaran Pfizer-BioNTech sekali gus menandakan bermulanya Fasa 1 PICK yang melibatkan suntikan kepada petugas barisan harapan.
Adnan berkata sokongan dan kerjasama tersebut boleh diterjemahkan dengan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Beliau turut menasihatkan penjawat awam yang sudah dan akan menerima suntikan vaksin itu agar berkongsi perkara yang positif agar tidak mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat.
"Sekiranya ada masalah atau alahan, mereka perlu merujuk kepada pakar berkaitan dan tidak menokok tambah hingga menimbulkan kerisauan awam.
"Pelaksanaan program pemberian vaksin terbesar dalam sejarah negara ini adalah usaha yang tidak boleh gagal kerana ini adalah peluang terakhir kita semua kembali menikmati kehidupan seperti sebelum penularan COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021

Menurut Cuepacs, penjawat awam wajar menjadi contoh kepada masyarakat agar mereka yakin dan mendapat maklumat tepat mengenai vaksin COVID-19. - Gambar fail/AP

Asing Diri Dalam Gua | Kaji kehidupan dalam kegelapan
Ketika dunia sedang menjalani perintah berkurung, kuarantin dan pengasingan kendiri, sekumpulan saintis dan penjelajah dari Perancis dengan suka rela mengasingkan diri di sebuah gua di Pirenis. Matlamatnya adalah untuk lebih memahami kesan pengasingan diri dan kekurangan cahaya pada waktu siang.

Kerjasama Altimet, pengurus tubuhkan syarikat pengurusan sendiri
Pengalaman hampir 35 tahun berada dalam industri membuatkan mereka bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh.

Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP
Ramadan kali ini kembali ceria bagi umat Islam apabila pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.

Pemalsuan Sijil | Bekas kerani bank babit kerugian RM1.435 juta
Seorang bekas kerani bank mengaku bersalah atas 55 pertuduhan menipu pelanggan dan memalsukan dokumen berkaitan pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) membabitkan kerugian kira-kira RM1.435 juta. Tertuduh, Mohd Sufian Talib, 36 tahun membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman mengikut Seksyen 420, 465 dan 467 Kanun Keseksaan.

RasuahBusters | Lebih 100 rakan strategik bergabung gerakkan kempen
Pasukan #RasuahBusters bergabung dengan lebih 100 rakan strategik terdiri daripada badan berwajib, badan bukan kerajaan (NGO) dan korporat untuk menggerakkan kempen membasmi budaya rasuah secara besar-besaran ke segenap lapisan masyarakat.

Sindiket Kartel | Tahanan reman lapan individu disambung
Lapan individu yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sindiket kartel projek kerajaan disambung reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ramadan | Solat Tarawih kembali didirikan di surau, masjid
Menjelang awal Ramadan pada Selasa, jemaah di seluruh negara kembali mengimarahkan masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Di ibu negara, Surau Ar Rahman di World Trade Center Kuala Lumpur, turut sama menganjurkan ibadah berkenaan.

Kumpulan penyelidik asingkan diri 40 hari dalam gua, kaji kehidupan dalam gelap
Kumpulan yang terdiri daripada 15 lelaki dan wanita itu memasuki gua Lombrives, kira-kira 60 kilometer dari sempadan Sepanyol pada 14 Mac lalu.

Hidupan Liar | Enam program tangani kepupusan Harimau Malaya
Tiga badan kerajaan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha menangani krisis populasi harimau belang atau lebih dikenali Harimau Malaya yang semakin pupus. Badan tersebut adalah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF).

10 Berita Pilihan - (12 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

CUEPACS gesa kerajaan semak semula Sistem Saraan Malaysia (SSM)
Kerajaan dicadang menyemak semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang telah diguna pakai oleh perkhidmatan awam selama ini.

Sentiasa ada proses tambah baik SOP, elak rasuah - Cuepacs
Ia bukan jalan pintas yang membolehkan seseorang melangkaui proses undang-undang jika SOP sedia ada tidak memihak atau menyusahkan mereka.

Cuepacs mohon rundingan lanjut dengan JPA berkenaan SSM baharu
Cuepacs berharap dapat mengadakan rundingan lanjut bersama JPA secepat mungkin berkenaan cadangan Sistem Saraan Malaysia (SSM) baharu.

Bekerja dari rumah: Majikan perlu sediakan kemudahan lengkap - Cuepacs
Kerajaan dan majikan swasta perlu menyediakan kemudahan seperti internet dan komputer riba, bagi menjayakan cadangan bekerja dari rumah.

Tiada alasan penjawat awam tolak vaksin COVID-19, wajar jadi contoh masyarakat - Cuepacs
Menurut Cuepacs, penjawat awam wajar menjadi contoh kepada masyarakat agar mereka yakin dan mendapat maklumat tepat mengenai vaksin COVID-19.

Cuepacs cadang wujud pasukan pemantau bebas KKM kaji masalah kemudahan kesihatan
Cuepacs mencadangkan KKM menubuhkan pasukan pemantau bebas di setiap negeri bagi menilai dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku di fasiliti atau kemudahan kesihatan dengan segera.

Penjawat awam ingkar PKP bakal dikenakan tindakan - KSN
Bersedialah untuk menerima tindakan dan dikenakan hukuman.

PKP: CUEPACS jamin sistem penyampaian perkhidmatan awam berjalan seperti biasa
CUEPACS memberi jaminan sistem penyampaian perkhidmatan awam akan terus berjalan seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Cuepacs gesa KKM selesai isu buli, elak jadi 'barah'
Perkara yang didedahkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) itu melibatkan golongan muda yang berusia 26 hingga 35 tahun.

Cuepacs bantah tindakan terhadap kakitangan hospital gagal patuh SOP COVID-19
Mereka yang berkenaan diminta tidak terus membuat sebarang kenyataan berbentuk hukuman kepada pihak lain tanpa mengetahui situasi sebenar.