KOTA SAMARAHAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tidak pernah mengeluarkan arahan untuk Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengadakan majlis konvokesyen di hotel, kata Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang.
Beliau berkata pihak Kemas turut mengeluarkan garis panduan untuk majlis sedemikian diadakan secara bersederhana dan tidak membebankan ibu bapa.
"Ia bergantung kepada jawatankuasa pengurusan tabika itu...sebenarnya niat mereka baik untuk cuba memberi satu pengiktirafan dengan mengadakan konvokesyen di tempat yang cantik dan menarik tetapi perkara ini tiada garis panduan, arahan serta pekeliling yang menyatakan ia perlu diadakan di hotel.
"Kita mengambil maklum perkara ini, ia suatu perkara yang kita ambil perhatian," katanya dalam sidang media selepas perasmian Karnival Mini Usahawan Desa di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan ibu bapa di beberapa platform di media sosial yang tidak bersetuju majlis konvokesyen anak mereka diadakan di hotel atau lokasi yang memerlukan perbelanjaan besar.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kemas Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata pihaknya telah memaklumkan kepada semua pengarah negeri agar setiap tabika serta taska mengadakan mesyuarat dengan ibu bapa bagi menentukan lokasi majlis graduasi mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.
"Di peringkat jabatan kita tidak mengeluarkan peruntukan khusus. Kita juga beri arahan supaya pengarah negeri memantau dari segi perancangan program," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Rubiah berkata pihak Kemas turut mengeluarkan garis panduan untuk majlis sedemikian diadakan secara bersederhana dan tidak membebankan ibu bapa. - Gambar fail/Bernama
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.