SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi yang mendengar saman keluarga wanita warga Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu, hari ini diberitahu bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.
Supt Tonny Anak Lunggan, 42, pegawai penyiasat dalam kes bunuh wanita itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Peguam Kanan Persekutuan Zetty Zurina Kamarudin pada prosiding kes saman RM100 juta difailkan bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev Shaariibuu dan keluarganya terhadap dua bekas anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda serta kerajaan Malaysia.
"Ya, saya setuju tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan untuk Sirul Azhar mengeluarkan senjata itu," kata saksi ke-26 berkenaan.
Dalam pernyataan saksinya, Tonny berkata senjata bernombor siri S98756 berdaftar di dalam Buku Daftar Keluar dan Masuk Senjata, tertulis pangkat Koperal 125591, nombor polis Sirul Azhar dan jenis senjata yang tertulis di ruangan buku daftar itu adalah jenis MP 5 (S).
Berdasarkan buku daftar itu, Tonny berkata senjata yang sama telah dikeluarkan pada 4 Okt 2006 dan dikembalikan pada 8.15 pagi, 30 Okt tahun sama serta ia dinyatakan di ruangan 'masuk' buku daftar itu.
Tonny, yang kini bertugas di Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang Bukit Aman, bersetuju dengan cadangan Zetty Zurina bahawa tiada mana-mana rakaman percakapan saksi yang menyatakan Sirul Azhar dan Azilah terlibat di dalam tugas khas dan sulit pada 2006 dan tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan bahawa mereka terlibat dalam tugas berkenaan.
Kepada soalan peguam Manjeet Singh Dhillon, saksi itu menafikan bahawa beliau hanya membuat anggapan berhubung penglibatan Razak Baginda (Abdul Razak) berkenaan kematian Altantuya.
Disoal semula oleh peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, saksi itu bagaimanapun menjelaskan cadangan untuk menuduh Razak Baginda atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya dibuat selepas siasatan secara menyeluruh dijalankan.
"Ia (pertuduhan subahat membunuh) dibuat berdasarkan bukti yang diperoleh melalui rakaman percakapan saksi-saksi dan keterangan pakar. Selepas itu, baru boleh dirumuskan sedemikian. Ia bukannya dibuat berdasarkan andaian," jelas Tonny.
Pada 4 Jun 2007, ibu bapa Altantuya, Dr Shaariibuu dan isterinya, Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman RM100 juta terhadap Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak serta kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga kemudian dikeluarkan daripada senarai plaintif apabila dia meninggal dunia pada 2017.
Dalam pernyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022

Keluarga Altantuya mendakwa kematiannya mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk. - Gambar fail

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna peniaga sumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram. Katanya, minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pengguguran kandungan baru-baru ini.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

AWANI Ringkas: Pelantikan Tajuddin sebagai duta besar mendapat perkenan Agong - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tabung Agromakanan: Peruntukan RM100 juta bantu lonjak jaminan keselamatan makanan - PM
RM100 juta peruntukan di bawah Tabung Agromakanan diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (KPM) bagi mengembangkan industri agromakanan, khususnya penternakan ayam.

Fokus Minggu Depan: Lawatan PM ke Turki minggu depan
Jika dilihat dengan keadaan ekonomi negara ketika ini termasuk kenaikan inflasi, sudah tentu Malaysia memerlukan hubungan yang baik dengan negara maju, kata Penganalisis Politik Antarabangsa, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turki.

Tok Mat saran BN Sabah usul Perjanjian Malaysia baharu tuntut hak negeri
Perjanjian itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu.

Keputusan kes saman RM100 juta keluarga Altantuya pada 30 Ogos
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Ogos untuk keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006.

Tiada arahan pegawai atasan untuk Sirul Azhar keluarkan senjata api - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.

'Altantuya buat laporan polis, minta cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku kepadanya' - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu Altantuya pernah membuat laporan polis menyatakan 'sekiranya apa-apa berlaku kepadanya, cari Razak Baginda', hari yang sama wanita itu hilang hampir 16 tahun lepas.

Dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, Najib saman Tommy Thomas
Penyataan tuntutan Najib, 68, mendakwa pada 31 Jan lepas, Thomas telah mengarang dan menyebabkan penerbitan buku itu yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

Keluarga Altantuya patut diberi akses kenyataan kepada polis
Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini bahawa keluarga wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006 patut dibenarkan untuk memperoleh kenyataan yang dirakamkan daripada individu disiasat.

Najib dijangka fail permohonan mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Tommy Thomas - Peguam
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pemberita bahawa permohonan itu berkemungkinan besar difailkan dalam minggu ini.

Kes Altantuya: Keputusan hukuman mati Azilah kekal
Dengan ini hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Persekutuan bagi pertuduhan itu, sebelum ini dikekalkan.

Kes Altantuya: Mahkamah tolak permohonan mencelah Najib
Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas UTK.
![[LAPOR LANGSUNG] Keputusan hukuman mati Azilah kekal [LAPOR LANGSUNG] Keputusan hukuman mati Azilah kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607394738_najib.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Keputusan hukuman mati Azilah kekal
Mahkamah memutuskan tidak membenarkan permohonan Najib bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas UTK, Azilah Hadri.

Kes Altantuya: Permohonan Najib untuk mencelah didengar esok
Azilah dan Sirul Azhar Umar disabitkan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas pertuduhan membunuh Altantuya.