Skip to main content

Malaysia

Tiada arahan sekat pemimpin masuk Felda — Anwar

KAZAN, June 18 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim at a press conference in conjunction with the Russia-ASEAN Summit at the Kazan Expo International Exhibition Centre here today.  --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Anwar menegaskan tiada sebarang arahan daripada Kerajaan Persekutuan yang menghalang mana-mana pemimpin, termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, daripada memasuki kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). -Gambar fail/Bernama
Advertisement

DENGKIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang arahan daripada Kerajaan Persekutuan yang menghalang mana-mana pemimpin, termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, daripada memasuki kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Beliau berkata, dakwaan mengenai larangan tersebut tidak berbangkit kerana kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian.

Katanya, setiap peringkat pentadbiran mempunyai bidang tanggungjawab masing-masing dan perlu melaksanakan amanah yang diberikan tanpa menimbulkan polemik.

Beliau berkata, kajaan Persekutuan memberi tumpuan kepada projek serta program di bawah tanggungjawabnya, manakala kerajaan negeri menguruskan hal ehwal di bawah bidang kuasa negeri.

“Tak ada arahan seperti itu. Kerajaan Persekutuan urus projek-projek Persekutuan.

“Kerajaan negeri pula jalankan tugas negeri masing-masing. Jadi, tak perlulah perkara ini diperbesarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Jameatus Solehah, di sini, hari ini.

Anwar mengulas dakwaan Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mendakwa beliau dihalang memasuki kawasan Felda dan tidak dibenarkan menghadiri beberapa program di tanah rancangan berkenaan.

Menteri Besar Johor itu sebelum ini mempersoalkan tindakan berkenaan dan menyatakan kehadirannya ke kawasan Felda adalah atas kapasiti rasmi sebagai ketua kerajaan negeri.

Menurut Onn Hafiz, lawatan ke kawasan berkenaan bertujuan mendekati masyarakat peneroka selain menyelesaikan beberapa isu yang membabitkan penduduk Felda.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri seharusnya berasaskan kerjasama serta penghormatan terhadap bidang kuasa masing-masing.

Beliau berkata, tumpuan semua pihak ketika ini sepatutnya diberikan kepada usaha membantu rakyat dan memastikan setiap program pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.

 

Must Watch Video

Advertisement