awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bahan tidak halal dalam vaksin di Malaysia - KKM

Aida Aziz
Aida Aziz
10/03/2019
12:29 MYT
Tiada bahan tidak halal dalam vaksin di Malaysia - KKM
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye bagaimanapun berkata pihaknya mengalu-alukan pembinaan kilang vaksin halal atau ubat-ubatan yang mampu memenuhi pasaran di Malaysia. - Gambar fail
Vaksin yang digunakan di negara ini tidak mengandungi bahan yang tidak halal sebagaimana dakwaan sesetengah pihak yang meragukan bahan yang terkandung dalam vaksin tersebut.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye bagaimanapun berkata pihaknya mengalu-alukan pembinaan kilang vaksin halal atau ubat-ubatan yang mampu memenuhi pasaran di Malaysia.
“Sesiapa sahaja yang ingin menyediakan kilang vaksin halal, atau produk perubatan, kami sentiasa mengalu-alukannya.
“Tiada isu jika mereka rasa wujudnya pasaran, tetapi tiada isu pun kerana vaksin di Malaysia setakat ini tidak mengandungi bahan tidak halal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan Peringkat Kebangsaan 2019 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah Ulu Kinta, pada Ahad.
Baru-baru ini kerajaan bercadang untuk membina kilang vaksin halal pertama di dunia di Negeri Sembilan yang bakal menempatkan Malaysia sebagai perserta antarabangsa dalam pengeluaran vaksin.
BACA: Malaysia akan bina kilang vaksin halal pertama di dunia
Usaha pembangunan kilang itu bakal memacu pengeluaran vaksin pada masa hadapan, selain memberi keyakinan kepada ibu bapa kerana vaksin yang dihasilkan dari kilang itu adalah halal.
Topic Berkaitan
#Dr Lee Boon Chye
#kilang vaksin halal
#produk perubatan
#Tiada bahan tidak halal dalam vaksin
#Timbalan Menteri Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan