KOTA KINABALU: Aktiviti bazar Ramadan di Sabah tidak dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata keputusan tersebut dibuat memandangkan situasi COVID-19 di negeri ini yang tidak stabil.
"Telah berlaku beberapa kluster akibat penganjuran majlis sosial dan keramaian di samping tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang rendah, maka Kerajaan Negeri memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti bazar Ramadan di Sabah pada tahun ini.
"Jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 60 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,294 kes. Tiada kes kematian direkodkan," katanya menerusi satu kenyataan media laporan harian COVID-19 bagi negeri itu.
Tiga daerah yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi ialah Tawau (41 kes), Lahad Datu (8 kes) dan diikuti Tuaran (4 kes).
"Daripada 60 kes positif COVID-19, sebanyak 23 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 13 kes saringan bergejala, 15 kes dari kluster sedia ada serta sembilan kes dari lain-lain kategori," katanya lagi.
Sementara itu, sebanyak 34,439 individu di negeri itu telah melengkapkan dua dos vaksin Pfizer-BioNTech di negeri ini.
Masidi yang juga merupakan jurucakap COVID-19 Sabah turut memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi dua kampung di Kota Belud, iaitu Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu, ditamatkan bermula 8 April.
Beliau berkata keputusan itu dicapai setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.
Setakat ini, terdapat tujuh daerah di Sabah yang di kategorikan sebagai zon hijau iaitu Sipitang, Beluran, Telupid, Ranau, Pitas, Kuala Penyu dan Tongod.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Apr 07 2021

Aktiviti bazar Ramadan di Sabah tidak dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadan tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA

Vaksin COVID-19 | Coronavac terbukti berkesan di Chile
Satu kajian melibatkan jutaan penduduk di Chile yang menerima suntikan vaksin dibangunkan China, Coronavac mendapati ia menunjukkan keberkesanan 67 peratus terhadap simptom virus COVID-19. Menurut jurucakap penasihat Kementerian Kesihatan, Rafael Araos, vaksin tersebut mampu mencegah kematian akibat COVID-19 pada kadar 80 peratus.

Anak harimau Malaya buat kemunculan kali pertama di Zoo Cleveland
Penampilan sulung Indrah menjadi perhatian.
![[INFOGRAFIK] PEMERKASA | Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi [INFOGRAFIK] PEMERKASA | Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900242/7697251271618635340054_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PEMERKASA | Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi
![[INFOGRAFIK] Identiti Digital Nasional | MyDigital ID [INFOGRAFIK] Identiti Digital Nasional | MyDigital ID](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900243/7697251261618635248855_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Identiti Digital Nasional | MyDigital ID

Lagi iklan judi raya dikesan tular
Video tersebut memaparkan dua pelakon masing-masing seorang lelaki dan wanita menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri apabila mendapat wang daripada aktiviti perjudian.
![[INFOGRAFIK] Daftar dan Mengurus Tanggungan Tambahan di MySejahtera [INFOGRAFIK] Daftar dan Mengurus Tanggungan Tambahan di MySejahtera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900244/7697251281618635105735_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Daftar dan Mengurus Tanggungan Tambahan di MySejahtera

Vaksin COVID-19 | Saintis J&J sangkal dakwaan laporan pembekuan darah
Para Saintis Johnson & Johnson menyangkal dakwaan dalam sebuah jurnal perubatan berkenaan reka bentuk pembangunan vaksinnya yang sama seperti AstraZeneca. Dakwaan tersebut turut dikaitkan dengan masalah pembekuan darah yang jarang berlaku terhadap beberapa penerima vaksin.

Iklan Hari Raya | Lapan individu ditahan terlibat iklan promosi judi
Lima lelaki dan tiga wanita yang dikesan terbabit dalam pembikinan satu iklan mempromosi aktiviti perjudian atas talian sempena Hari Raya, ditahan polis pada Jumaat, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

COVID-19 | Memahami jangkitan selepas divaksin
Bagaimana kita ingin memahami keadaannya yang mana petugas kesihatan ini pastinya mematuhi SOP yang ketat juga boleh dijangkiti COVID-19? Untuk itu kita akan bersama Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip.

Maldives bakal tawarkan vaksin kepada pelancong
Maldives merancang untuk memberikan dua dos vaksin kepada pelancong yang berkunjung ke negara itu.

Bazar Ramadan: Gagal patuhi SOP, Bazar Tok Adis diarah tutup sementara
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan Bazar Ramadan Tok Adis diarah tutup sementara selama 14 hari sehingga 30 April.

Bazar Ramadan: Pelanggaran SOP, salah peniaga atau pelanggan?
Tinjauan Astro AWANI mendapati terdapat segelintir pelanggan masih gagal mematuhi penjarakan fizikal disebabkan lokasi yang sempit.

Perak, Melaka turut beri amaran tutup bazar Ramadan tak patuh SOP
Kerajaan negeri Perak dan Melaka antara yang terkini memberi amaran akan mengarahkan bazar Ramadan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditutup.

Bazar Ramadan ditutup jika berlaku jangkitan COVID-19 - Annuar
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menutup operasi mana-mana Bazar Ramadan di bawah seliaannya sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 di tapak bazar berkenaan.

Rentas negeri mungkin dibenarkan jika kes turun - MKN
Rentas negeri mungkin akan dibenarkan sekiranya kes positif COVID-19 di Malaysia mencatatkan penurunan ketara menjelang akhir Ramadan kelak.

SOP bazar Ramadan akan teratur dalam masa 5-6 hari - Zuraida
Zuraida berkata PBT hanya perlu menggunakan SOP sedia ada iaitu penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pematuhan SOP bazar Ramadan di Kedah mengecewakan - MB
Laporan daripada penguatkuasa PBT, berkaitan pematuhan SOP di bazar Ramadan di seluruh negeri Kedah, amat mengecewakan, kata Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor.

COVID-19: Bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara itu.

Ke bazar Ramadan? Patuh SOP, elak jangkitan
Kita lihat ada bazar yang sesak, namun saya tidak nafikan ada yang ikut SOP yang betul, tapi ada tempat yang melaporkan kesesakan.

Melaka tempatkan polis jaga pematuhan SOP bazar Ramadan
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka yang mempunyai kuasa juga sedia mengeluarkan kompaun.