TANJUNG MALIM: Tiada bilik khas untuk banduan orang kenamaan (VIP) di Penjara Sungai Buloh atau mana-mana penjara di seluruh negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menegaskan, dakwaan kewujudan bilik sedemikian adalah tidak benar sama sekali.
Menurutnya, selepas setahun menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan melawat sebahagian besar penjara di negara ini, beliau tidak pernah menemui ruang VIP untuk mana-mana penghuni.
"Biasalah orang yang buat dakwaan, tapi perlu sertakan bukti. Kalau setakat dia tulis dengan tujuan untuk menjejaskan reputasi Jabatan Penjara, kita tolak keras.
"Saya sendiri mengikuti setiap perjalanan dalam pentadbiran dan pengurusan sistem penjara, masuk sendiri pun ada, saya tengok...tiada ruang-ruang layanan VIP atau ruang VIP," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis pelancaran Stesen Par Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Pejabat Rela Daerah Muallim di Slim River, pada Khamis.
Baru-baru ini, Jabatan Penjara Malaysia menegaskan tiada bilik untuk menempatkan banduan VIP di Penjara Sungai Buloh atau mana-mana penjara di seluruh negara.
Penafian itu dibuat selepas seorang bekas banduan Penjara Sungai Buloh dikenali sebagai ‘Abang Mat’ mengulas mengenai keadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjalani hukuman di penjara berkenaan pada 2015.
Jabatan itu memaklumkan, pihaknya sudah meneliti wawancara dengan individu terbabit yang disiarkan menerusi rakaman video berdurasi satu jam 20 minit dimuat naik di sebuah akaun YouTube pada 3 Disember lalu.
Menurut jabatan itu, Anwar sebenarnya ditempatkan di klinik Penjara Sungai Buloh atas syor pegawai perubatan kerana isu kesihatan.
Semua banduan di klinik penjara disediakan katil demi kepentingan kesihatan mereka yang dinyatakan dalam Peraturan 234 Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Saifuddin menafikan pernah menyebut bahawa fasih bahasa Melayu merupakan syarat untuk mendapatkan pasport.
Menurutnya, beliau bukanlah terlalu naif sehingga tidak tahu mengenai fakta asas seperti itu.
Katanya, setakat ini tidak ada permohonan mendapatkan pasport yang ditolak kerana tidak fasih bahasa Melayu.
Pada Rabu, Lawyers for Liberty membidas Saifuddion kerana membela seorang pegawai imigresen, yang dikatakan memarahi seorang wanita dan anak perempuannya di Johor kerana tidak fasih dalam bahasa Melayu.
Pengarah pertubuhan itu, Zaid Malek berkata, tiada keperluan bagi warganegara Malaysia yang secara rutin memohon pasport untuk menunjukkan kecekapan dalam berbahasa Melayu.
*Untuk berita terkini, ikuti kami di WhatsApp Astro AWANI
Abd Razak Mohd Ali
Thu Dec 07 2023

Saifuddin menegaskan, dakwaan kewujudan bilik sedemikian adalah tidak benar sama sekali. - Gambar fail

Kardinal dari Malaysia mengundi dalam pemilihan Pope baharu
Kardinal-kardinal yang layak mengundi itu kini sedang menuju ke konklaf, merujuk kepada proses pemilihan Pope yang tertutup dan rahsia.

Pentadbiran Trump cadang rombakan besar Jabatan Negara AS, 132 pejabat bakal ditutup
Setiap 'undersecretary' Jabatan Negara perlu mengemukakan pelan untuk mengurangkan staf sebanyak 15 peratus.

Amaran ribut petir sehingga 6 pagi ini - MetMalaysia
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Pekerja kedai roti bunuh tujuh rakan sekerja dalam serangan pisau
Seorang pekerja kedai roti di Filipina membunuh tujuh rakan sekerjanya dalam serangan menggunakan pisau.

Intel, Oracle luahkan kebimbangan terhadap tarif AS dengan Malaysia - Tengku Zafrul
Syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS), Intel dan Oracle telah meluahkan kebimbangan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap operasi mereka di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagang

Hampir setengah juta pelarian Syria di luar negara kembali ke tanah air
UNHCR melaporkan, kira-kira 438,000 pelarian Syria kembali ke tanah air mereka dari negara-negara jiran.

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya terhadap keadilan buat Palestin.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

Sekurang-kurangnya 4 maut dalam cubaan lolos dari penjara Chad
Insiden berlaku sekitar 9 malam waktu tempatan pada Jumaat di Penjara Mongo yang terletak di tengah Chad.

Eda Ezrin, suami dan 4 rakan kena tinggal sebulan lagi di penjara
Mahkamah Narathiwat menerima permohonan dan memberi kebenaran kepada Pendakwa Raya Wilayah untuk lanjutkan tempoh kemuka permohonan rayuan.

Beraya di sebalik tirai besi beri seribu keinsafan
Tatkala umat Islam seluruh negara berkumpul bersama keluarga tercinta bagi menyambut Aidilfitri, lain pula kisahnya bagi mereka yang terpaksa meraikan hari mulia itu di sebalik tirai besi.

Lama nama tak didengari, Dani Alves bebas dari penjara
Pada Khamis, hakim membatalkan sabitan kesalahan pertahanan kebangsaan Brazil itu atas kesalahan serangan seksual, dua tahun lalu.

'Air tangan' Aidilfitri tirai besi terima sambutan luar biasa
Biskut raya dan makanan sejuk beku yang dipasarkan disifatkan bukan hanya memiliki kualiti premium, tetapi juga lebih murah berbanding di luar.

'Bella wanita luar biasa' - Syed Saddiq
Kehadiran Bella Astillah ke Mahkamah Rayuan pada Rabu, mencuri perhatian ramai apabila selebriti itu dilihat berada di samping Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Indonesia rancang bina penjara di pulau terpencil tempatkan pegawai rasuah
"Kita akan cari sebuah pulau, kalau mereka cuba melarikan diri, mereka akan berdepan dengan jerung," kata Presiden Prabowo.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Kes Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati, penjara 18 tahun kekal
Hakim memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kesemua lelaki itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan.