'Tiada bukti pegawai SPRM acu pistol ke arah Albert Tei setakat ini' - Polis

Shazeli berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman ahli perniagaan itu serta bahan video lain yang diterima telah diserahkan kepada pihak forensik untuk semakan dan analisis lanjut bagi membantu siasatan. - Gambar/ Mohammad Luqman Abdu
SHAH ALAM: Siasatan polis setakat ini tidak menemui sebarang bukti yang menyokong dakwaan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengacukan pistol ke arah Albert Tei ketika menyerbu kediaman ahli perniagaan itu, bulan lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman ahli perniagaan itu serta bahan video lain yang diterima telah diserahkan kepada pihak forensik untuk semakan dan analisis lanjut bagi membantu siasatan.
“Namun polis tidak menemui sebarang keterangan atau bukti yang boleh mengesahkan dakwaan itu sehingga hari ini.
“Siasatan masih dijalankan dan kita sedang mengumpul bahan bukti lain. Siasatan tidak berhenti setakat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Shazeli berkata, setakat ini polis sudah merakam keterangan Albert dan isterinya yang juga pengadu dalam kes itu.
“Selain mereka berdua, kita (polis) juga sudah selesai merakam keterangan kesemua pegawai SPRM yang terlibat dalam serbuan itu.
“Sementara itu, anak-anak pengadu... kita akan rekod keterangan dalam masa terdekat kerana mereka berada di luar kawasan ketika ini,” jelasnya.
Media sebelum ini menlaporkan isteri ahli Albert mendakwa salah seorang daripada pegawai SPRM yang menyerbu kediaman mereka mengacukan pistol ke arah suaminya sebelum menggari ahli perniagaan itu.
Sehubungan itu, dia membuat laporan polis pada 28 November lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, bagaimanapun menolak menolak dakwaan salah laku membabitkan pegawai operasi ketika serbuan tersebut, dan menegaskan mereka dilengkapi dengan alat rakaman termasuk kamera badan.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


