PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa diberitahu bahawa, tiada bukti menunjukkan Samirah Muzaffar dan dua remaja membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.
Rahmat Mohamed Hazlan berkata demikian ketika hujahan rayuan oleh pasukan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor yang membebaskan Samirah dan dua remaja berhubung kematian Nazrin, lima tahun lalu.
Rahmat yang mewakili Samirah, 48, serta dua remaja masing-masing berusia 18 dan 21 tahun, sebagai responden berkata, tiada bukti untuk mengaitkan pihak-pihak yang dituduh, sekali gus perkara itu menjadi andaian tanpa sebarang asas bukti.
Menurutnya, 'teori orang terakhir’ yang diguna pakai pihak pendakwaan dalam kes kematian Nazrin adalah tidak terpakai.
“Mereka (pihak yang dituduh) telah memberikan pembelaan yang konsisten walaupun kenyataan dirakam berkali-kali, malah direkodkan secara berasingan.
“Bukan itu sahaja, pihak pendakwaan sendiri mengakui bahawa motif dalam kes ini adalah kabur dan tidak jelas,” katanya.
Selain Rahmat, responden turut diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Pada prosiding ini, pendakwaan selaku pemohon diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim.
Menurutnya, beban pembuktian kes ini beralih kepada pihak pendakwaan, yang mana mereka perlu membuktikan bahawa tertuduh bertanggungjawab terhadap pelakuan jenayah itu.
Semasa hujahan pada Isnin, pihak pendakwaan berkata, Samirah dan dua remaja ini merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap kematian Nazrin.
Yusaini Amer berkata, disebabkan tiga responden itu merupakan individu terakhir dilihat bersama Nazrin, adalah munasabah untuk dibuat inferens bahawa mereka mempunyai peluang untuk membunuhnya.
Di dalam kes ini katanya, tidak dinafikan tiada mana-mana saksi yang menyaksikan kejadian pembunuhan berlaku, namun tiga responden itu merupakan orang terakhir yang dilihat bersama si mati sebelum dia ditemui dalam bilik yang terbakar.
Selain itu, Rahmat menegaskan bahawa, mahkamah perlu mengambil kira sifat hubungan antara tertuduh dan si mati.
Sekiranya terdapat bukti hubungan baik, bukti kali terakhir dilihat akan kekal sebagai syak wasangka semata-mata dan tidak selamat untuk disabitkan kesalahan atas bukti tunggal itu.
Beliau juga berkata, penjelasan Samirah mengenai kali terakhir melihat Nazrin adalah konsisten.
“Dalam kenyataan pertama bertarikh 17 Jun 2018, Samirah menyatakan, ketika berada di rumah, jirannya datang untuk memaklumkan bahawa asap keluar dari tingkap bilik tidur di tingkat atas rumahnya.
“Samirah kemudian berlari ke tingkat atas dan cuba membuka pintu nilik tetapi tidak berjaya, lalu dia meminta bantuan daripada pengawal keselamatan kawasan perumahan,” katanya.
Panel tiga hakim, diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli menetapkan 19 September depan untuk hujahan balas daripada pihak pemohon.
Mengikut pertuduhan, Samirah, dua remaja dan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga 4 pagi, keesokkan harinya.
Jabatan Peguam Negara memfailkan notis memfailkan rayuan ini, dua hari selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Samirah dan dua remaja itu, pada 21 Jun 2022 daripada tuduhan berkenaan.
Pada 30 Jun tahun sama, Samirah dan dua remaja ini turut memfailkan rayuan bagi mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi termasuk kebakaran yang berlaku di bilik Nazrin, dilakukan dengan sengaja. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 05 2023
Samirah (gambar), dua remaja dan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang masih bebas, didakwa membunuh Nazrin, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga 4 pagi, keesokkan harinya. - Gambar/ Bernama
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Disember 2024
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
‘Saya tunggu masa sesuai.’ – Bekas Bendahari Agung PN
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut berhubung peletakan jawatan beliau secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan bencana.
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.