KUALA LUMPUR: Tiada bukti saintifik yang menunjukkan keberkesanan rutin operasi sanitasi awam untuk mencegah penularan COVID-19, walaupun masih giat dijalankan pihak berkuasa.
Menurut pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, rutin sanitasi awam hanya perlu dilakukan berdasarkan risiko di sesuatu kawasan.
“Dari segi kesihatan awam, kita tidak perlu buat rutin sanitasi awam,” katanya kepada Astro AWANI.
“Sanitasi tempat awam secara berkala tanpa kes yang dilaporkan juga tidak disyorkan kerana kegiatan itu tiada bukti saintifik.”
Sebagai contoh, jelas Dr Malina, jika berlaku kes positif di tempat kerja, proses sanitasi hanya digalakkan di kawasan sekitar seperti ruang kerja dan tandas yang dikongsi dengan rakan sekerja.
“Tidak perlu sanitasi satu bangunan atau laluan ke pejabat tersebut.”
Pada minggu lepas, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat memperbaharui garis panduan bagi proses disinfeksi dan pembersihan berdasarkan sains mengenai penyebaran virus.
Menurut CDC, bukti menunjukkan bahawa risiko jangkitan COVID-19 melalui kontak dengan permukaan adalah rendah.
Justeru, sekadar membersihkan permukaan dengan sabun atau bahan pencuci sudah memadai bagi mengurangkan risiko penyebaran COVID-19.
“Dalam kebanyakan kes, pengabutan (fogging), pengasapan dan semburan besar-besaran atau secara elektrostatik tidak disarankan sebagai kaedah utama untuk proses disinfeksi, serta mempunyai beberapa risiko keselamatan,” jelas Pengarah CDC Dr Rochelle Walensky.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tetap akan meneruskan operasi sanitasi awam yang bermula sejak fasa awal penularan COVID-19 dalam negara.
Memetik laporan CodeBlue, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa “disinfeksi akan diteruskan”.
Sebanyak 20,748 operasi sanitasi yang merangkumi 154 zon telah dilakukan sejak 30 Mac 2020 melibatkan pusat perniagaan, kawasan perumahan, tempat awam, pasar raya dan bangunan kerajaan, menurut kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Nailah Huda
Sun Apr 11 2021

Sebanyak 20,748 operasi sanitasi yang merangkumi 154 zon telah dilakukan pihak berkuasa sejak 30 Mac 2020. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Mei 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

DBKL nafi penggodam tuntut RM236.17 juta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta (RM236.17 juta) berikutan gangguan itu.

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Malaysia terjemah kekuatan pusat data kepada manfaat ekonomi mampan
Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara.

Hampir 300 penumpang diselamatkan selepas kabel voltan tinggi jatuh atas tren di Australia
Pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat telah berusaha membawa keluar penumpang dengan selamat dari tren.

RM4.7 juta kos baiki 14 masjid, 37 surau kritikal di Johor
Sebanyak 14 masjid dan 37 surau di Johor dikenal pasti dalam keadaan kritikal serta perlu dibaiki dengan anggaran kos keseluruhan RM4.7 juta.

'Kita tidak boleh biarkan penduduk Gaza kebuluran' - PM UK
UK menolak sebarang penempatan haram di Tebing Barat dan menekankan tuntutan agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran.

Tebing runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai sesak dua kilometer
Tebing runtuh yang berlaku pada 7.30 malam tadi turut menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya.

Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Zoo Melaka ditutup lima hari bermula hari ini
Penutupan itu bertujuan memberi laluan untuk kerja-kerja sanitasi di Zoo Melaka termasuk kemudahan di dalamnya.

PRN Sarawak: Urusan penamaan calon dimulakan dengan proses sanitasi
Mereka datang seawal jam 7 pagi untuk melakukan sanitasi bagi memastikan keadaan di Pusat Penamaan Calon selamat.

UMP Holdings tawar khidmat sanitasi kepada yang memerlukan
Baru-baru ini, syarikat itu menjalankan program khidmat komuniti sanitasi UMP services di Rumah Anak Yatim Baitul Husna, Beserah.

Badut buat kerja sanitasi tarik perhatian masyarakat
'Peewit de Clown' membuat kemunculan dengan melakukan kerja-kerja sanitasi dari rumah ke rumah bagi memerangi wabak berbahaya.

COVID-19: Penduduk Kuala Sanglang lakukan sanitasi rumah ke rumah
Gotong-royong itu dilakukan bagi memastikan kawasan berkenaan bebas daripada sebarang ancaman penularan pandemik COVID-19.

Pejabat SUK Pulau Pinang ditutup dua hari proses sanitasi
Proses sanitasi akan dilakukan di keseluruhan bangunan pejabat untuk mengekang penularan COVID-19.

PPV IDCC Shah Alam ditutup hari ini
Penutupan sehari diambil bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan, selepas memperoleh hasil keputusan ujian COVID-19 malam tadi.

COVID-19: Pasar Datuk Keramat diarah tutup 7 hari
Pasar berkenaan akan ditutup mulai Khamis ini hingga 14 Julai depan untuk tujuan sanitasi.

Kes positif COVID-19 dikesan, Mydin Meru Raya jalani sanitasi menyeluruh
Pasar raya besar Mydin Meru Raya di sini, menjalani prosedur sanitasi secara menyeluruh pada Sabtu, susulan terdapat kes positif COVID-19 dikesan di premis itu.

852 dikompaun, 33 direman ingkar PKP - Ismail Sabri
Seramai 885 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.