awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada dendam, saya sudah lama maafkan Tun Mahathir' - Anwar Ibrahim

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/05/2018
08:06 MYT
'Tiada dendam, saya sudah lama maafkan Tun Mahathir' - Anwar Ibrahim
Anwar luah sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Itu cerita lamalah."
Ungkapan bersejarah itu diutarakan Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila ditanya tentang sejauh mana keikhlasannya untuk kembali bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Mengakui sering diajukan dengan persoalan itu, kata Anwar, ada pihak yang sinis dengan keputusannya memberi sokongan kepada Tun Mahathir untuk memimpin negara.
"Ada pemimpin tertinggi bertanya kepada saya, 'Anwar, pandang saya dan beritahu anda sudah maafkan beliau (Tun Mahathir). LAPOR LANGSUNG PEMBEBASAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
"Saya pandang dia, dan saya cakap, keutamaan saya adalah negara dan saya sudah maafkan Tun," kata Anwar dalam sidang media di kediamannya di Bukit Segambut, sebaik dibebaskan hari ini.
'Dari Penjara ke Istana ...' - Anwar Ibrahim
Tambah Anwar lagi, Tun Mahathir telah membuktikan betapa katanya akan dikotakan, dan tiada sebab untuk terus bermusuh dengan mentornya itu.
"Beliau berjuang dan bersusah payah dengan satu niat mahu memulihkan negara. Malah beliau juga membantu dalam pembebasan saya.
"Jadi kenapa saya perlu menyimpan dendam?" tenang sahaja pertanyaan itu diluahkan.
Sedar pasti akan ada yang cuba mengungkit kisah lama mereka, namun Anwar meminta semua pihak tidak menghiraukannya kerana ia hanya sebahagian daripada agenda menggugat kententeraman dan kemaraan negara ke arah lebih positif.
"Golongan ini ada kepentingan masing-masing, jangan pedulikan mereka.Tetapi saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan beliau dan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat," tambahnya.
Ditanya perancangan yang dibuat untuk melakukan comeback ke arena politik, ini jawapan Anwar.
"Saya tak pernah tinggalkan politik. Ya, memang sebelum ini pembabitan saya terhad, tapi saya tidak pernah ke mana-mana," katanya tersenyum.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#Perdana Menteri
#PKR
#politik
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan