Kerajaan mengendalikan saringan COVID-19 ke atas warga asing dengan adil di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan separa PKPD.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada diskriminasi berdasarkan kerakyatan sama ada warga tempatan, pendatang asing yang masuk secara sah atau tanpa dokumen kerana semua mereka disaring dan menerima rawatan yang sama di hospital.
"Boleh tak anda bayangkan kesan penularan 277 kes wabak itu di dalam komuniti berbanding dari dalam Depot Tahanan (Imigresen (DTI)?
"Hari ini kita berjaya mengawal penularan di dalam DTI tetapi jika ia merebak di dalam komuniti, sebenarnya wabak itu akan menular kepada orang lain.
"Jadi ini adalah sebab mengapa pengasingan adalah penting untuk menyaring mereka yang positif dan kami melayan mereka secara sama rata dari segi pemberian makanan, saringan percuma dan untuk selama 14 hari di hospital MAEPS.
"Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina hospital sementara untuk merawat pesakit (COVID-19)," katanya kepada wartawan dalam satu sidang media di sini pada Rabu.
Dr Noor Hisham berkata warga asing yang tidak memiliki dokumen dan didapati positif ditahan di pusat akademi imigresen di Port Dickson untuk diasingkan selama 14 hari sebelum menjalani ujian buat kali kedua.
"Sebaik sahaja mereka didapati positif, kami perlu memasukkan mereka ke hospital dan mengasingkan serta merawat mereka di sana.
"Pendatang asing tanpa izin akan diuruskan oleh Jabatan Imigresan di DTI dan yang paling penting ialah memastikan mereka adalah negatif dan menghantar mereka pulang secepat mungkin.
"Bagi pendatang asing yang mempunyai dokumen sah, apabila ujian ke atas mereka didapati negatif, kami melepaskan mereka seperti warga tempatan selepas PKPD," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia mengenai kebajikan dan perumahan untuk pekerja asing memandangkan peningkatan ketara dalam kes komuniti kebanyakannya berpunca daripada kediaman yang sesak.
"Dalam kes itu, kami telah berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia untuk melihat kepada akta berkenaan untuk memastikan mereka (majikan) menjaga kebajikan dan tempat penginapan pekerja asing," kata beliau.
Ditanya mengapa jumlah kes yang tidak menunjukkan gejala adalah tinggi , Dr Noor Hisham berkata ini adalah kerana pendekatan saringan bersasar dalam kawasan di bawah PKPD dan separa PKPD.
Beliau berkata setakat Selasa, daripada 8,674 kes positif, 6,092 kes (70.25 peratus) adalah tidak bergejala dan 2,282 kes (29.75 peratus) bergejala.
Dr Noor Hisham berkata setiap orang yang berada di dalam PKPD dan separa PKPD telah disaring dan oleh itu lebih ramai pesakit tidak bergejala dikesan.
Beliau berkata KKM akan terus meningkatkan pemantauan dan saringan, ke atas "Severe Acute Respiratory Infections (SARI), Influenza-like-Illnesses (ILI)" dan saringan prapembedahan.
Ditanya sama ada pemeriksaan suhu adalah berkesan, Dr Noor Hisham berkata ia akan mengesan simptom-simptom positif terutama daripada meraka yang tidak menunjukkan gejala.
Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak mampu membezakan pesakit tidak bergejala yang mempunyai risiko jangkitan yang rendah dan mereka yang belum menunjukkan gejala.
Bagaimanapun, hospital boleh mengesan mereka yang belum menunjukkan gejala dengan melaksanakan pengesanan kontak.
Dr Noor Hisham berkata pendekatan pengesanan dan penjejakan aktif akan memberikan Kementerian Kesihatan melihat kepada kontak rapat dan mengasingkan mereka secepat mungkin dan mengelakkan mereka daripada menjangkiti orang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 08 2020
DR NOOR HISHAM: Kami melayan mereka secara sama rata dari segi pemberian makanan, saringan percuma dan untuk selama 14 hari di hospital MAEPS. - Gambar fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
G20 setuju kenakan cukai 15% ke atas keuntungan firma besar
Keputusan ini susulan kebimbangan firma besar mengalihkan keuntungan mereka ke wilayah dengan kadar cukai rendah.
Institusi kewangan Islam, cendekiawan syariah berperanan penting dalam pemulihan COVID-19
Kewangan Islam perlu memastikan aspek seperti perkhidmatan kewangan dapat menambah nilai serta menghasilkan impak positif ke atas ekonomi dan kemaslahatan masyarakat.
Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan sewajarnya - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, penelitian lanjut termasuk melakukan pelbagai proses siasatan akan dijalankan dalam masa terdekat.
Ubah fakta sejarah perbuatan jenayah intelek, keilmuan - Sultan Nazrin
Tindakan mengubah fakta sejarah merupakan perbuatan tidak adil dan satu perlakuan jenayah intelek serta jenayah keilmuan yang menafikan hak generasi akan datang untuk memperoleh fakta sebenar, demikia
Judi Sungai Buloh: Rombakan dalaman diputuskan selepas siasatan selesai - KPN
Beliau berkata pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berlaku adil dan menyiasat terlebih dahulu dakwaan salah laku pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh berhubung isu perjudian itu.
Tiada diskriminasi dalam pengendalian COVID-19 - KP Kesihatan
Tiada diskriminasi berdasarkan kerakyatan sama ada warga tempatan, pendatang asing yang masuk secara sah atau tanpa dokumen kerana semua mereka disaring dan menerima rawatan yang sama di hospital.
Amanah gesa SPRM bersikap profesional siasat Setiausaha Politik Mat Sabu
Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Hatta Md Ramli menjelaskan pihaknya yakin Mohd Azhar mampu memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan SPRM
PN perlu segera cari formula agih kerusi PRU-15 - Rahim Tamby Chik
Perikatan Nasional (PN) perlu mencari formula pembahagian kerusi yang adil dan saksama bagi memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Vidal berang Barcelona tidak bayar bonus penuh
Vidal telah mengemukakan aduan terhadap pasukannya itu kepada pihak LaLiga dan Persatuan Pemain Bolasepak Sepanyol.