awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada gangguan operasi di KLIA dan SZB sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 - MAHB

Bernama
Bernama
30/10/2025
09:57 MYT
Tiada gangguan operasi di KLIA dan SZB sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 - MAHB
MAHB memaklumkan lebih 9,300 pergerakan penerbangan dan 1.4 juta penumpang direkodkan sepanjang tempoh 22 hingga 29 Oktober.
PUTRAJAYA: Semua pergerakan ketibaan dan pelepasan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan berjalan lancar di kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB).
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lebih 9,300 pergerakan penerbangan dan 1.4 juta penumpang direkodkan sepanjang tempoh lapan hari sidang berkenaan dari 22 hingga 29 Okt.
Sebanyak 60 penerbangan khas dan sewaan turut diuruskan melalui Kompleks Bunga Raya (BRC) di KLIA dan terminal penerbangan perniagaan SZB dengan penyelarasan jadual yang tepat, kawalan keselamatan rapi serta impak minimum terhadap operasi penerbangan biasa.
"Kira-kira 70 pegawai daripada 24 unit, melibatkan operasi lapangan terbang, pihak berkuasa penerbangan serta kementerian dan agensi kerajaan berkaitan, membentuk pasukan teras perancangan yang menjalankan persediaan selama beberapa bulan meliputi logistik, pengendalian darat dan kesiapsiagaan kecemasan, dengan sokongan ratusan lagi petugas yang ditempatkan di terminal sepanjang sidang kemuncak berlangsung," menurut kenyataan itu.
MAHB turut menjelaskan bahawa persediaan melibatkan komunikasi kecemasan, prosedur pemindahan serta langkah pematuhan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan penuh telah dilaksanakan beberapa bulan sebelum acara berlangsung.
Dalam minggu terakhir Oktober, Pasukan Pengurusan Krisis Lapangan Terbang (ACMT) turut diaktifkan bagi memastikan pemantauan operasi secara masa nyata dan penyelarasan dengan agensi utama bagi menjamin kelancaran, keselamatan dan kecekapan semua pergerakan berprofil tinggi.
"Berdasarkan kejayaan ini, pengurusan operasi yang lancar sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN membuktikan keutuhan ekosistem penerbangan negara dan kesiapsiagaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah acara antarabangsa berskala besar dengan selamat serta berkesan," menurut MAHB.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan yang dianjurkan Malaysia menghimpunkan pemimpin daripada 11 negara anggota ASEAN serta rakan dialog termasuk China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan Amerika Syarikat.
Mesyuarat serantau selama tiga hari itu diadakan di bawah Pengerusi ASEAN 2025 Malaysia dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan'".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak ASEAN
#KLIA
#SZB
#MAHB
#gangguan operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan