awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas akibat banjir

Bernama
Bernama
17/10/2024
11:30 MYT
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas akibat banjir
Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan pada hari sama kejadian dan premis berkenaan beroperasi seperti biasa mulai semalam. - Gambar fail/FB @znegaramalaysia
KUALA LUMPUR: Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas banjir akibat hujan lebat pada Selasa lepas.
Timbalan Presiden Zoo Negara Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan pada hari sama kejadian dan premis berkenaan beroperasi seperti biasa mulai semalam.
"Pada hari kejadian, air mula naik sekitar 9.30 pagi di hampir semua kawasan zoo kecuali kawasan yang lebih tinggi seperti Pusat Konservasi Giant Panda sebelum mula surut kira-kira 11 pagi.
"Kerja-kerja pembersihan kemudian mula dilakukan oleh petugas Zoo Negara termasuk di kawasan pameran haiwan oleh penjaga haiwan di setiap seksyen yang terlibat," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.
Rosly berkata pihak bomba yang hadir bagi memantau keadaan semasa di Zoo Negara turut membantu membersihkan kawasan jalan di kawasan awam.
"Walaupun banjir melanda, tiada haiwan yang terjejas secara langsung dan tiada haiwan yang terlepas akibat banjir itu. Penjagaan dan pengawasan terhadap haiwan masih dikendalikan dengan baik oleh pihak Zoo Negara," katanya.
Selasa lepas, hujan lebat bermula sekitar 8.30 pagi dan berterusan menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air ekoran limpahan sungai-sungai utama iaitu Sungai Batu, Sungai Klang dan Sungai Gombak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir
#Zoo Negara
#Pusat Konservasi Giant Panda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan