awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada haiwan hidup, produk diimport dari Shaoyang, China

Sinar Harian
Sinar Harian
04/02/2020
03:24 MYT
Tiada haiwan hidup, produk diimport dari Shaoyang, China
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, China telah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit H5N1. -Foto portal rasmi Jabatan Veterinar
Malaysia tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari Shaoyang, China sebaliknya mengimport keratan ayam daripada loji pemprosesan di Liao-cheng, Shangdong iaitu kira-kira 1,313 kilometer dari lokasi penularan wabak selesema burung H5N1.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, China telah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit H5N1.
Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan sentiasa memantau keadaan dan berhubung dengan World Animal Health Organisation (OIE) untuk mengetahui status kedudukan sebenar dari semasa ke semasa.
“Jabatan sentiasa mengambil sampel keratan ayam yang dibawa masuk untuk diuji bagi penyakit H5N1.
“Setakat ini tiada sampel yang positif. Langkah berjaga-jaga akan ditingkatkan dan sampel akan diambil daripada setiap konsainan untuk diuji,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Kelmarin, media melaporkan pemerintah China mendedahkan berlaku penularan wabak selesema burung H5N1 di sebuah ladang ternakan di bandar Shaoyang di wilayah selatan Hunan.
Kira-kira 4,500 daripada 7,859 ayam yang diternak di ladang itu dilaporkan mati akibat jangkitan virus tersebut.
Topic Berkaitan
#bird flu
#China
#H5N1
#Influenza
#produk
#Veterinar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan